TERDAHULU, isteri kepada pengasas produk kosmetik terkenal D’Herbs menjadi viral menerusi laman sosial apabila mendapat hadiah sebuah beg bernilai RM300K.
Sangat romantik apabila Datuk Aliff Syukri Kamarzaman atau lebih dikenali sebagai Datuk Terlajak Laris atau Abang Terlajak Laris ini telah membuat satu ‘prank‘ kepada isterinya sewaktu majlis itu berlangsung.
Konon katanya tidak dapat hadir ke majlis itu kerana perlu terbang ke China, namun beliau sebenarnya bersembunyi untuk memberikan kejutan kepada isteri tercinta itu.
Selain beg bernilai ratusan ribu ringgit Datin Nur Shahida juga menerima sebuah kereta Range Rover Evoque pada majlis hari lahirnya yang ke-30 tahun. Sudah pasti ianya menjadi suatu kenangan manis dalam hidup wanita ini.
Kini tiba pula giliran Datin Nur Shahida menyediakan ‘surprise’ buat suaminya yang tercinta. Majlis hari jadi Datuk Aliff yang ke-29 bertemakan Bollywood hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan teman rapat sahaja.
Romantik sangat siap ada adegan suap menyuap lagi…
Walaupun sebelum ini, pasangan muda ini pernah dihujani pelbagai gosip berkaitan kecelaruan rumah tangga mereka, namun kemesraan yang ditonjolkan ini ternyata masih mencintai antara satu sama lain dan bahagia.
Ternyata dugaan yang menimpa Datuk Aliff dan Datin Nur Shahida menguatkan lagi hubungan mereka sebagai pasangan suami isteri. – MYNEWSHUB.CC