Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Apabila Ketua Kelas...

EH, keliru sekejap kami dibuatnya!Bukan main garang ketua kelas cilik ini, mengalahkan si...

Kantoi Ugut Rakyat… U-Turn...

SEMALAM, seluruh rakyat Malaysia terpana apabila media tempatan lapor Setiausaha Agung DAP, Lim...

`Golongan B40 Jangan Terlalu...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berharap golongan isi rumah berpendapatan...

Peruntukan Bajet 2018 Tingkatkan...

KUALA LUMPUR Peruntukan RM14 bilion kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Bajet 2018...

PM Najib Lawat Pemain Golf Negara Di HKL

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa melawat pemain golf negara Shaaban Hussin yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas terbabit kemalangan pada Khamis lepas.

“Bantuan dan sokongan moral menerusi Malaysian Golfers’ Association, Majlis Sukan Negara dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan akan diberikan kepada Shaaban dan keluarga beliau untuk melalui detik sukar ini, Insya-Allah,” kata Najib menerusi catatan terbaharunya dalam laman facebook beliau hari ini.

Shaaban, 36, yang menaiki motosikal berkuasa tinggi terbabas semasa cuba mengelak sebuah kereta yang berhenti di tepi Lebuhraya Guthrie pada 31 Mac lepas.

Kemalangan itu menyebabkan juara Kejohanan PGM Sime Darby Harvard 2016 itu cedera di tangan dan kaki kirinya.


Ketika kejadian, Shaaban dalam perjalanan dari rumahnya di Kota Damansara ke Kelab Golf & Country Glenmarie di Shah Alam bagi menjalani latihan untuk menyertai Kejohanan Darul Aman PGM di Kedah, minggu ini.

Pencapaian terbaik Shaaban pada musim ini ialah menduduki tempat kelima Kejohanan PGM CCM Rahman Putra di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori