Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Zed Zaidi Buat Sarjana...

PELAKON Zed Zaidi yang juga merupakan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), memaklumkan dia kini sedang...

Penerangan Isu 1MDB: UMNO...

KOTA BHARU - UMNO Kelantan menyambut baik cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Royalti Dimasukkan Sebagai Hasil...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu akan memasukkan penerimaan wang royalti minyak dan gas...

Pengasas QuadrigaCX Mati Bersama...

PUSAT pertukaran kriptowang Kanada, QuadrigaCX mungkin berdepan masalah besar selepas pengasasnya, Gerald Cotten,...

Anak ‘Show Off’ Di Instagram, Ibu Bapa Berdepan Masalah

KEWUJUDAN akaun Rich Kids of ….. (nama bandar) adalah satu fenomena yang sering ditemui sejak dua tahun lalu adalah akaun laman sosial yang digunakan untuk mempamerkan kemewahan anak-anak hartawan.

Akaun ini selalunya menunjukkan anak-anak hartawan menghabiskan duit ibu bapa mereka untuk membeli pakai berjenama, memandu kereta mewah dan menghadiri kelab malam eksklusif.

Akaun laman sosial seperti ini mendapat ramai pengikut kerana golongan sederhana yang tidak mampu untuk menikmati kemewahan seperti itu hanya boleh bermimpi untuk menjalani kehidupan seperti yang dipamerkan.

Rich-Kid-Instagram

Di United Kingdom, perkara ini telah menyebabkan beberapa ibu bapa mereka dihadapkan ke mahkamah kerana menyorokkan harta kekayaan yang dimiliki untuk mengurangkan pembayaran cukai atau mengelak daripada membayar hutang tertunggak.

Firma K2 Intelligence kemudian mengikuti akaun instagram anak seorang hartawan yang mengatakan dia tidak memiliki eset dan tidak mampu membayar hutang tertunggak berjumlah jutaan pound.


Pihak firma menemui gambar sebuah bot mewah milik peribadi bernilai 12 juta pound dimuat naik oleh anaknya.

Terdapat juga sebuah kes di mana sebuah jet peribadi disita selepas anak seorang lagi hartawan memuat naik gambar dah juga lokasinya.

Fenomena ‘show off’ ini telah digunakan oleh pihak berkuasa UK untuk mencari hartawan dan bangsawan yang tidak mahu membayar cukai dan enggan menjelaskan hutang yang tertunggak. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori