Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

ADUN Lenggeng Sudah Bayar...

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini Selasa menangguhkan kes muflis melibatkan Anggota Dewan...

Nama Unik Buat Rasmi...

NAMANYA yang sedikit unik dan lain dari yang lain ini membuatkan Rasmi Abdullah...

Pasukan Tumpuan Kumpulan Liga...

MONACO- Undian Fasa Kumpulan Liga Liga Juara-Juara 2016/2017  telah dilakukan.Ia cukup hangat kerana...

Pukul Pengawal Peribadi: Majikan...

KLANG - Majikan kepada dua pengawal peribadi yang diugut dengan pistol dan dipukul...

#Trending: Kerja Bodoh, Cium Ketiak BF Buktikan Cinta

KALAU pun nak tunjukkan perasaan sayang dan cinta kepada buah hati, banyak lagi cara boleh dipilih selain daripada mencium ketiak teman lelaki kononnya menjamin perjalanan manis menuju ‘relationship goal‘ yang bawa ke syurga.

Sedang trending di Indonesia, ramai gadis cetek akal sanggup mencium ketiak teman lelakinya semata-mata ingin membuktikan cinta sejati tanpa sempadan dan tergamak melakukan apa sahaja untuk kekal bersama selamanya.

Remaja di republik terbesar rantau Asia tenggara tersebut gigih melakukan adegan tersebut dan mereka dilihat seperti berebut untuk melakukannya demi mencapai ‘relationship goal‘ yang diidamkan.

Trend ini adalah kesinambungan daripada kegilaan sebelum ini iaitu bertukar-tukar gaya dan pakaian bersama-sama pasangan masing-masing.

iiiii

iiiiiooooo

Tidak dinafikan, banyak effort yang mereka lakukan demi beberapa likes di media sosial tanpa memikirkan konsekuensi yang bakal dihadapi beberapa tahun akan datang.

Bayangkan jika mereka putus cinta dan berkahwin dengan orang lain, apa akan terjadi jika gambar-gambar tersebut muncul kembali untuk menghantui mereka? Dan mungkin menjadi tatapan anak mereka?

lol


Satu kajian yang dibuat di University Pensylvania, Amerika Syarikat telah membuktikan bahawa peluh lelaki mampu menurunkan tekanan dan melancarkan darah haid bagi kaum wanita.

Dalam uji kaji tersebut, bau semula jadi (peluh tanpa deodoran) itu kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur lingkungan 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu cecair yang disapu itu ialah bau peluh lelaki.

Mereka hanya diberitahu kajian tentang satu aroma wangian akan dijalankan ke atas mereka.

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diambil.

Hasilnya sungguh mengejutkan apabila bau peluh lelaki mampu menceriakan mood wanita dan selain itu bau ketiak lelaki juga ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang stress.

Masa bercinta, bau ketiak pun wangi. Tunggu nanti apabila sudah kahwin, agak-agak berselera lagi tak nak tadah muka dekat situ? – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori