OTTAWA – Pihak berkuasa Kanada akhirnya telah membenarkan permohonan suaka seorang pelajar gay dan ateis warganegara Malaysia untuk menetap di negara tersebut sebagai pelarian.
Lembaga Imigresen dan Pelarian Kanada dilaporkan secara rasmi telah memutuskan untuk meluluskan permohonan Hazim Ismail selepas sesi pendengaran selama 20 minit pada Selasa.
Agensi berita negara tersebut CBC News melaporkan, Hazim, yang merupakan pelajar jurusan psikologi di Universiti Winnipeg, mendakwa konon takut nyawanya diancam sekiranya dia dihantar pulang ke Malaysia.
“Keputusan lembaga itu amat menerujakan dan saya berasa sungguh disayangi serta dihargai,” kata Hazim dalam satu temubual bersama-sama denganĆāĆĀ CBC.
Hazim menceritakan bahawa sebelum ini, dia pernah terfikir untuk pulang ke Malaysia dan menjalani kehidupan ‘di bawah radar’ namun berubah fikiran sejak kes itu menjadi perhatian media tempatan Kanada.
Dia juga seakan-akan menuduh bahawa ada segelintir rakyat Malaysia telah mengugutnya, selain melontarkan kata-kata kesat terhadap statusnya sebagai pengamal homoseksual.
“Saya sedang cuba berjuang untuk terus hidup kerana Malaysia tidak mengiktiraf kaun LGBT,” tambahnya lagi dengan penuh bangga.
Peguam yang mewakili Hazim, Bashir Khan berkata keputusan lembaga tersebut bermaksud anak guamnya tidak boleh dihantar pulang ke Malaysia.
“Hazim datang ke sini sebagai penuntut berstatus pelarian dan dia akan bebas ke luar sebagai insan yang dilindungi.”
Nama Hazim menjadi sebutan di Kanada selepas kisah penderitaan dia dibuang keluarga akibat tidak dapat menerima dirinya mengaku sebagai gay dan murtad, mendapat liputan luas di media antarabangsa termasuklah Malaysia.
Sedikit perkongsian menarik tentang latar belakang Hazim; ketika di Kuala Lumpur, pemegang ijazah perniagaan ini bekerja selama dua tahun untuk mengumpul dana bagi meneruskan cita-citanya menuntut ilmu dalam bidang psikologi di Kanada.
Dalam satu temubual bersama akhbar Winnipeg Free Press, dia mengakui bahawa orientasi seksualnya bukanlah satu rahsia, namun ibunya tidak dapat menerima kenyataan anak lelakinya itu sememangnya mempunyai nafsu songsang terhadap kaum sejenis.
Oleh kerana itu, Hazim telah cuba ‘bereksperimentasi’ dengan kaum perempuan, menjalinkan hubungan cinta bersama bekas teman wanitanya selama empat tahun pada zaman remajanya.
“Namun di Malaysia, seseorang tidak boleh bereksperimen secara terang-terangan,”ĆāĆĀ jelasnya lagi.
Jadi sebab itulah apabila dia tiba di Kanada, dia serta-merta merasakan seperti beban di bahunya terlepas dan dia akhirnya bebas melakukan apa sahaja sebagai seorang ateis dan gay.
“Saya boleh makan di tempat awam ketika hari siang pada bulan Ramadan. Saya boleh menari sehabis hati di kelab-kelab gay sekitar bandar tempat saya tinggal.
“Saya berpeluang untuk bergaul dengan golongan aktivis hak LGBT tempatan dan segala kebebasan ini menjadikan kesihatan mental saya berada dalam keadaan yang baik sekali.
“Saya mampu belajar dengan tenang kerana akhirnya, saya benar-benar gembira.”
Namun, kegembiraan itu direntap begitu sahaja apabila salah seorang sepupunya telah memberitahu status homoseksualitinya kepada ahli keluarga yang lain.
“Saya amat terluka apabila episod gelap itu berlaku. Saya ada tiga adik perempuan dan seorang lagi adik lelaki. Saya tidak sanggup berhadapan kemungkinan tidak bertemu dengan mereka lagi,” kata Hazim.
Setelah putus hubungan dengan ahli keluarganya Hazim beralih kepada pengumpulan dana dari orang ramai melalui halaman GoFundMe supaya dia boleh meneruskan pengajiannya dan mengekalkan status imigresen di Kanada.ĆāĆĀ -ĆāĆĀ MYNEWSHUB.CC