Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lambat Bertindak Punca T-Team...

KUALA TERENGGANU - Tindak balas yang lambat khususnya daripada barisan pertahanan, jelas mengecewakan...

Wanita Perlu Berani Untuk...

SEPANG - Kemampuan dan kesungguhan seseorang wanita yang berusaha menjadi seorang juruterbang, tidak...

KWSP, Uber Meterai MoU...

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman...

Menteri Somalia Maut Ditembak...

MOGADISHU - Seorang lelaki bersenjata tidak dikenali menembak mati Menteri Kerja Raya dan...

Gangguan Bekalan Air Sementara Di KL, Gombak

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak mengalami gangguan bekalan air sejak petang tadi akibat kerja pembaikan kecemasan ke atas sistem elektrik di Rumah Pam Air Estet Kepong.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini memberitahu gangguan dijangka berlaku sehingga Isnin (April 11).

“Segala usaha untuk menyiapkan kerja pembaikan ini sedang dilakukan untuk membolehkan pemulihan bekalan air di kawasan terlibat dengan kadar segera,” menurut kenyataan itu.

Kawasan di Kuala Lumpur yang terlibat adalah Jalan U-Thant, Jalan Ampang Hilir, Taman Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Kampung Pandan Dalam, Taman Cahaya, Pandan Cahaya, Taman Dagang, Taman Shamelin Perkasa.

Taman Tenaga, Taman Miharja, Taman Kobena, Desa Pandan, Flat Sri Melaka, Taman Putra Sulaiman, Taman Pandan Utama, Bandar Sri Permaisuri, Jalan Yaakob Latif dan Perumahan Sommerset Close.


Kawasan di Gombak yang terlibat pula adalah Kampung Ampang Campuran, Kampung Ampang Indah, Kampung Muhibah, Kampung Tasek Permai, Apartmen Mesra Villa, Kampung Tasek Tambahan, Taman Bukit Ampang Permai, Taman Dagang Jaya/ Taman Halaman Indah, Taman Faizura Ampang.

Taman Permai Jaya Ampang, Taman Sri Bayu, Taman Sri Raya Ampang, Kampung Indah Permai Ampang, Lembah Jaya Utara, Lembah Jaya Selatan, Kampung Lembah Jaya, Kampung Pinggir 3 Lembah Jaya, Taman Sri Baru dan Apartmen Desa Lembah Permai.

Syabas turut memaklumkan bagi mengurangkan kesulitan pengguna, bekalan air telah dihantar menggunakan lori tangki ke kawasan terlibat.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh memuat turun aplikasi mySYABAS atau melayari www.syabas.com.my dan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS 39222 untuk bantuan bekalan air. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori