Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

105,342 Botol Wain Dirampas...

JOHOR BAHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor merampas 105,342 botol minuman...

Khan Muslim Pertama Jadi...

WARGA ibu kota London semalam menyaksikan satu pembaharuan dalam tampuk pimpinan bandar itu...

PKR NS Harap BN...

SEREMBAN - PKR Negeri Sembilan tidak terkejut jika Barisan Nasional (BN) atau UMNO...

Kekang Berita Palsu Bukan...

KUALA LUMPU - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Kompaun, Tangkapan Dalam Op Catut Bersepadu

TRONOH – Sebanyak 11 kes membabitkan pelbagai kesalahan dagangan dikesan dalam Op Catut bersepadu membabitkan pelbagai agensi penguatkuasaan di Bandar Seri Iskandar, di sini hari ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak Meor Ismail Meor Akim berkata kompaun berjumlah RM2,900 dikeluarkan atas 11 kesalahan itu yang melibatkan Akta Timbang dan Sukat, Akta Perihal Dagangan serta Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

Katanya tiga notis mengikut Sekyen 21 AKHAP 2011 turut dikeluarkan kepada premis terlibat.

“Sebanyak 47 premis telah diperiksa dalam operasi tiga jam itu dan kompaun dikenakan ke atas premis perniagaan yang dikesan melakukan kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan hari ini.

Menurutnya operasi itu membabitkan 110 pegawai dan anggota daripada 11 agensi penguatkuasaan antaranya Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Imigresen, Majlis Daerah Perak Tengah dan Jabatan Kesihatan Perak.

Meor Ismail berkata Majlis Daerah Perak Tengah telah mengeluarkan 13 notis kompaun berjumlah RM250 serta empat notis kebersihan terhadap premis perniagaan yang diperiksa.


Katanya dua warga asing turut ditahan Jabatan Imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah manakala pemeriksaan SSM mendapati dua premis tidak memaparkan papan tanda perniagaan SSM serta lima premis gagal mendaftar alamat cawangan perniagaan.

“Pembabitan KPDNKK adalah untuk menangani sebarang ketidakseimbangan yang mungkin berlaku dalam pasaran disebabkan manipulasi oleh pembekal dan penjual yang cuba mengambil kesempatan.

“KPDNKK tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang cuba mengambil kesempatan serta memanipulasi isu kenaikan keuntungan bersih yang tidak munasabah ini,” katanya.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori