SKUAD Harimau Malaysia sekali lagi merundum ke paras terendah pernah dicatatkan dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila kemas kini terbaharu mencatatkan kedudukan ke-174 dalam senarai yang dikeluarkan pada Februari.
Malaysia yang jatuh kepada tempat ke-171 dalam Oktober tahun lepas tetapi menaiki satu tangga ke kedudukan 170 dalam November tahun yang sama sebelum merosot ke ranking terendahnya, tempat ke-174 sejak sistem ranking diperkenalkan Fifa pada Disember 1992.
Ketiadaan perlawanan antarabangsa mungkin antara faktor kejatuhan ranking skuad bola sepak negara, yang kali terakhir beraksi pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 menentang Emiriah Arab Bersatu dan tewas 1-2 di Stadium Shah Alam pada 17 November lepas.
Malaysia kini berada di dalam kelompok negara seperti Samoa (tempat ke-170), Cook Islands (170) Liechtenstein (173), dan Timor-Leste (175).
Manakala ranking terbaik Malaysia yang pernah dicapai ialah pada kedudukan ke-75 dalam tahun 1993.-MYNEWSHUB.CC