Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Marin M’sia, Thailand...

LANGKAWI - Polis Marin Malaysia akan terus mempergiatkan kerjasamanya dengan Polis Marin Thailand...

Surat CIA: Armada Buat...

KUALA LUMPUR – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Nasional hari ini membuat laporan...

Arab Saudi Dilanda Salji...

RIYADH : Sebuah gunung di Arab Saudi, Jabal al-Lawz, Tabuk diseliputi salji sejak...

Fizie Hot FM Nafi...

SEBELUM ini hangat diperkatakan mengenai penyebaran beberapa keping gambar bogel yang dipercayai menyerupai...

Kejayaan Program ‘Reach Out Convention & Celebration 2016’

SATU sidang akhbar 1 Malaysia For Youth (iM4U) telah diadakan bertempat di iM4U Sentral Puchong di sini, hari ini bagi meraikan kejayaan program yang dinamakan ‘Reach Out Convention & Celebration 2016’.

Program ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh badan ini bertujuan untuk mendekati dan memberi inspirasi kepada golongan muda atau belia melalui siri ceramah interaktif secara dua hala dengan penceramah dari tempatan dan antarabangsa.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk membina masyarakat dan bakal pemimpin pada masa akan datang. Ianya telah berjaya menarik lebih 30,000 belia serata Malaysia sejak dilancarkan pada tahun 2013.

Tahun ini merupakan tahun keempat penganjuran ‘Reach Out Convention & Celebration 2016’. Seperti kebiasaan, beberapa personaliti antarabangsa dijemput untuk memberikan ceramah inspirasi kepada belia di Malaysia melalui pengalaman yang pernah dilalui mereka.

Antara personaliti antarabangsa yang dijemput untuk memberikan ceramah esok ialah David Edward Garcia, Josh Sundquist, Shane Feldman dan A’ric Jackson serta Joe Beckman.

A'ric Jackson
A’ric Jackson
Shane Feldman
Shane Feldman
Josh Sundquist
Josh Sundquist
David Edward Garcia
Dari kiri depan; Joe Beckaman, David Edward Garcia (Tengah), Shane Feldman. Belakang; Andie Case dan Bunkface.

Selain penceramah dari antarabangsa, pada sidang media itu turut menampilkan beberapa penyanyi tempatan dan antarabangsa yang akan menghiburkan dan berkongsi pengalaman mereka dengan  belia esoknya ialah SonaOne, Joe Flizzow, kumpulan Bunkface dan Diandra Arjunaidi serta penyanyi YouTube, Andie Case.


DSC08405
Joe Flizzow
DSC08430
SonaOne

“Kami amat gembira dengan kejayaan program ini yang telah menjadi landasan bagi generasi muda untuk belajar daripada yang terbaik. Mereka boleh menimba ilmu daripada penceramah-penceramah jemputan hebat dalam bidang masing-masing atau daripada penghibur yang berbakat dengan kebolehan sendiri,” jelas Adzlan Rudy Malik iaitu Ketua Pegawai Eksekutif iM4U.

Adzlan Rudy Malik, Ketua Pegawai Eksekutif iM4U
Adzlan Rudy Malik, Ketua Pegawai Eksekutif iM4U.

Acara penutupan ‘Reach Out Convention & Celebration 2016’ akan diadakan hub iM4U Sentral, yang terletak di Puchong pada Sabtu 9 April iaitu esok. Hub sukarelawan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sukan, bilik seminar, penganjuran majlis dan penginapan. Selain itu, ia juga menjadi pusat sehenti bagi penganjuran program pembagunan dan sosial untuk belia yang bernaung di bawah iM4U.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah melayari laman sesawang www.im4u.my atau Facebook 1Malaysia For Youth serta laman Instagram mereka @1m4youth. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori