Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tatu Di Dada Anak...

PELAKON Shah Rukh Khan, 51, atau lebih dikenali sebagai King Khan sering dilihat...

Lepas Ikat Jamin, Wanita...

SUSULAN kes bekas peserta program Dewi Remaja yang menunjukkan payudaranya di khalayak ramai di...

Pelajar Antara 3 Didakwa...

KOTA BHARU - Seorang pelajar Tingkatan Enam, seorang bekas tentera dan seorang buruh...

Remaja Lemas Terjatuh Ke...

SETIU - Seorang remaja perempuan lemas selepas terjatuh ke dalam telaga di Kampung...

Syarikat Jepun Hasilkan Patung Si Mati Guna Imej 3D

TOKYO – Sebuah syarikat Jepun mengambil inisiatif untuk waris mengenang ahli keluarga mereka yang sudah meninggal dunia dengan mencipta kendi abu mayat menggunakan teknologi cetakan 3D.

Roice Entertainment menawarkan kendi abu mayat bentuk penuh sehingga 30 sentimeter tinggi menyerupai mereka yang sudah tiada itu dengan menggunakan teknologi canggih ini.

Sebagai tambahan, satu bekas bateri bersaiz kecil diperbuat daripada tembaga (tempat abu disimpan) turut direka dan dimasukkan ke dalam bentuk berkenaan, kata syarikat yang berpangkalan di Osaka itu.

Laman web syarikat itu menunjukkan bentuk seorang lelaki beruban mengenakan pakaian tradisional Jepun sambil duduk di lantai di sebelah gambar asal lelaki berkenaan ketika masih hidup.

Idea berkenaan tercetus selepas seorang ibu yang kematian anak perempuannya meminta syarikat itu mengubah gambar lama kepada bentuk 3D, kata Presiden syarikat, Koichi Furusho kepada AFP.


Sebuah kendi plaster berbentuk, berharga 100,000 yen (RM3,589) dan mengambil masa hingga dua bulan untuk disiapkan, menurut laman web syarikat berkenaan.

Kendi berukuran 30 sentimeter berharga dua kali ganda, 20,000 yen (RM7,175), manakala kendi itu sendiri berharga 30,000 yen (RM1,083). – AGENSI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori