Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Najib Diberi Taklimat Tren...

TIANJIN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diberi taklimat mengenai Kereta...

Aliran Trafik Lancar Di...

KUALA LUMPUR -Ā Aliran trafikĀ keluar dan masukĀ ke ibu negara diĀ kesemua lebuh raya utamaĀ di SemenanjungĀ Malaysia...

5 Lagi Ditahan Kes...

KUALA LUMPUR - Polis menahan lima lagi individu, termasuk pengarah, komposer serta penyanyi...

12 Maut Bas Terjunam...

NAIROBI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh apabila bas mini yang dinaiki terjunam ke...

Khairy Tak Terkejut Ranking 174 Dunia

SERDANG – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan bukan sesuatu yang mengejutkan apabila skuad bola sepak negara mencatat rekod terburuk terperosok ke ranking 174 dunia.

Sambil menyifatkan kualiti Harimau Malaysia sudah pun mencapai tahap maksimum, Khairy berkata, pasukan negara seakan tidak boleh lagi menunjukkan peningkatan luar biasa dan semua pihak harus menerimanya.

FIFA: Ranking Malaysia Jatuh Ke Rekod Terendah Lagi

“Bukan sesuatu yang mengejutkan,” kata Khairy kepada media selepas menghadiri siri pertama Kriterium Berbasikal Remaja Malaysia (JCM) di MAEPS, di sini pagi tadi.

“Saya sudah sebutkan dari awal lagi, tahap kualiti pasukan sedia ada hanya itu (tahap ini) saja… itulah DNA yang ada, DNA itu maksudnya seperti falsafah permainannya, itulah saja yang ada.

“Jadi apabila ranking jatuh, saya katakan, ia sudah dijangka (ranking turun) sebab kita buat banyak pelaburan untuk program pembangunan NFDP (Program Pembangunan Bola Sepak Negara).

“Mereka baru berusia 14 tahun, kalau kita nak lihat peningkatan yang membanggakan, saya rasa kita kena tunggu. “Apapun, maaflah… pemain sedia ada ini, itulah kualiti yang mereka ada. Mungkin kalau naik (ranking) pun sedikit saja.


Dengan jurulatih dan apa yang ada sekarang ini, mereka tidak boleh jadi lebih baik daripada itu, namun jangan salahkan mereka kerana itulah potensi mereka.”

Khamis lalu, Harimau Malaysia ‘mencatat sejarah’ dengan menduduki ranking terburuk – menghuni tangga 174 dunia berbanding 166 Mac lalu – berikutan tewas 0-2 kepada Arab Saudi dalam aksi terakhir Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019.

Selain itu, keputusan seri tanpa jaringan menentang pasukan ranking ke-190 dunia, Macau di Stadium Hang Jebat, Melaka 28 Mac lalu, turut menjadi faktor kemerosotan ranking anak buah Datuk Ong Kim Swee.

Kedudukan terbaharu itu meletakkan Malaysia sebaris dengan beberapa negara yang tiada kemudahan bola sepak yang lengkap seperti Samoa (170), Timor Leste (175), Bangladesh (177) dan Nepal yang berada di kedudukan ke-179.- Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori