Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Gaya Tarian Drake Dalam...

BUAT penggemar penyanyi Drake, pasti anda sudah mendengar dan melihat muzik video lagu...

Facebook Perkenal ‘Marketplace’ Di...

KUALA LUMPUR – Facebook hari ini memperkenalkan ‘Marketplace’ atau pasaran, di Malaysia, yang...

Malaysia Airlines Tawar Beli...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines Berhad (MAB) menawarkan promosi 'Beli Satu Dapat Satu...

Pekerja Binaan Maut Ditimpa...

GEORGE TOWN - Seorang pekerja binaan warga Bangladesh maut selepas ditimpa batu bata...

Operasi Penguatkuasaan Denggi Di Perak Bermula Isnin Ini

IPOH – Operasi Penguatkuasaan Pembiakan Aedes di kawasan ‘titik panas’ dan wabak denggi akan dilaksanakan di Perak selama dua bulan, mulai Isnin ini.

Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Juwita Ghazali berkata pemeriksaan dijalankan di setiap premis serta kediaman, dan kompaun akan dikenakan sebanyak RM500 jika terdapat pembiakan nyamuk Aedes di premis terbabit.

“Pemilik premis perlu memastikan premis mereka bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes bagi mengelak penularan wabak denggi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengenai statistik kes denggi di Perak, Dr Juwita berkata sebanyak 1,563 kes direkodkan bagi minggu ke-14 tahun ini, berbanding 3,868 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak tiga kematian dilaporkan berbanding 10 kes kematian bagi tempoh sama tahun lepas.

“Bagi kes terbaharu, seorang lelaki berumur 38 tahun dari Kampung Merbau, Air Tawar dekat Manjung meninggal dunia selepas lapan hari menerima rawatan kerana demam denggi di Hospital Seri Manjung pada 12.04 tengah malam, 3 April lepas,” katanya.

Beliau berkata sebanyak lima lokaliti ‘titik panas’ dilaporkan di daerah Kinta iaitu di Kampung Baru Buntong, Kampung Baru Simpang Pulai, Kampung Bercham, Taman Jothi dan Taman Tasek Indra.

Sementara itu, Dr Juwita berkata sebanyak 13,068 premis makanan diperiksa di Perak dan 393 notis kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dikeluarkan dengan nilai kompaun berjumlah RM102,940.

Beliau juga berkata sehingga Februari tahun ini, sebanyak 2,544 premis makanan diperiksa dan 56 notis kesalahan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dikeluarkan dengan nilai kompaun sebanyak RM6,155.


“Daripada 471 sampel makanan yang diambil untuk analisis, dua kes kesalahan telah didakwa di mahkamah dan dikenakan denda dengan jumlah RM7,500,” katanya.

Beliau berkata Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Perak, pihak pengendali makanan serta sekolah masih perlu mengukuhkan aktiviti di dapur dan kantin sekolah bagi mencegah 50 peratus kejadian keracunan makanan di negeri ini, pada tahun depan.

Katanya program kendiri dan pemantauan berterusan serta penguatkuasaan daripada Unit Penguatkuasaan Kesihatan akan mengurangkan kejadian keracunan makanan.

Pagi tadi, Dr Juwita bersama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon melakukan pemeriksaan di tiga buah kedai makan tumpuan pelancong di bandar raya ini.

Mah berkata hasil pemeriksaan mendapati tahap kebersihan kedai terbabit adalah memuaskan, namun seorang daripada pekerja mempunyai kulat di jarinya.

“Pekerja lelaki itu dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan segera di klinik kesihatan memandangkan dia bekerja sebagai pembuat air,” katanya sambil menambah operasi itu turut disertai Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Kesihatan Perak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori