Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Warga JPA Bersukan Sempena...

PUTRAJAYA - Kira-kira 500 warga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menyertai Ketua...

32,000 Tiket Final Piala...

SHAH ALAM - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan Persatuan Bola Sepak Pahang...

Mayat Warga India Jatuh...

MIRI - Pasukan mencari dan menyelamat hari ini menjumpai mayat seorang juragan warga...

Gambar Mohammad Sofwan Selamatkan...

Kecoh sekejap, sekeping gambar budak lelaki yang mendukung seekor anjing di belakangnya menjadi...

Jangan Jadikan Isu 1MDB Penghalang Kemajuan Negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat supaya tidak menjadikan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai penghalang negara daripada terus maju.

Ini kerana, kerajaan telah menjalankan siasatan termasuk mengarahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyiasat dan membentangkan laporan tentangnya di Dewan Rakyat pada Khamis.

“Jadi apa lagi nak bising, apa lagi tidak puas hati? Jadi, janganlah kita nak jadikan ia sebagai satu yang menghambat (kemajuan) kita.

“Sudah sampai masa kita lihat ke depan, untuk membina masa depan yang lebih cemerlang,” katanya semasa menutup perhimpunan agung Kongres India Muslim Malaysia Ke-39 di sini, hari ini.


PAC, yang dianggotai anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, mengeluarkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB setebal 106 muka surat itu pada Khamis.

PAC antara lain mengesyorkan pihak berkuasa supaya menyiasat bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak berkaitan dengan pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori