Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pelakon Khalid Salleh Meninggal...

KUALA LUMPUR - Pelakon dan penggiat seni teater, Khalid Salleh meninggal dunia selepas...

Penjelasan Felda Bukti Tuduhan...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan dengan...

Syarikat Perlu Patuhi Undang-Undang...

BUTTERWORTH - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengingatkan pengusaha syarikat agar mematuhi perundangan...

Laporan Konspirasi: Azwan Bro...

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun...

Bergambar Dengan Bayi, 3 Doktor Tidak ‘Pro’ Diburu

MEXICO: Tiga orang doktor kini jadi buruan pihak berkuasa gara-gara tindakan tidak profesional bergambar dengan bayi yang baharu dilahirkan.

Tiga doktor yang terdiri daripada pakar bius, pakar kanak-kanak dan pakar sakit puan itu dipercayai melakukannya selepas membantu seorang wanita melahirkan anak di sebuah hospital.

Selepas bayi itu selamat dilahirkan, salah seorang daripada tiga doktor di situ dirakam meletakkan bayi tersebut di atas bahu seorang lagi doktor sebelum ketiga-tiga mereka bergambar dalam keadaan tersenyum.

Selepas gambar itu tersebar di Facebook, ketiga-tiga doktor tersebut menerima kritikan hebat kerana melanggar etika kerja yang perlu dipatuhi.

Gambar tersebut tersebar dengan caption bertulis:


“Doktor tidak profesional. Ketika ada suami bimbang mengenai isteri dan bayinya, petugas hospital bertindak tidak profesional dan tidak beretika.”

Pihak berkuasa Mexico dilaporkan sedang menyiasat insiden ini dan jika disabit kesalahan, ketiga-tiga doktor tersebut akan berdepan dengan tindakan disiplin. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori