Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

1,660 Lokasi Berisiko Tular...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,660 lokasi berisiko kepada penularan COVID-19 dikenal pasti menerusi...

Pengasas RHB Kahwin Gadis...

SEMALAM viral sekeping gambar yang mendakwa pengasas RHB Bank, Tan Sri Rashid Hussain...

Pemandu Teksi Kekal Dipenjara...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun ke...

APMM Selamatkan 2 Kru...

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakukan pelayaran ihsan untuk menyelamatkan...

WhatsApp Bos Rayani Air Rayu Pilot Masuk Kerja Demi Staf Lain

BERAT mata memandang berat lagi bahu memikulnya – itulah yang boleh dikatakan terhadap isu melibatkan syarikat penerbangan Rayani Air yang tidak habis-habis dihimpit masalah.

Bermula sebagai syarikat penerbangan yang mendapat perhatian ramai apabila jadi yang pertama mengamalkan ‘patuh syariah’ termasuk menggaji pramugari yang memakai tudung, imej Rayani mula goyah apabila satu demi satu masalah bocor ke pengetahuan umum, diburukkan lagi dengan kecepatan info tersebar menerusi media sosial hari ini.

Rayani-Air

Antaranya isu temu duga yang didakwa tidak profesional, penumpang mengamuk bila pesawat terkandas, pas masuk yang hanya gunakan tulisan tangan dan beberapa isu lain.

Kemuncaknya adalah pengumuman menggantung sementara operasinya oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan itu, Ravi Alagendrran bermula 8 April lalu, apabila juruterbangnya mogok enggan bertugas kerana tidak dibayar gaji.

Pengumuman ini disusuli kecaman daripada penumpang yang mendakwa sebahagian mereka dimaklumkan pada masa suntuk berkaitan pembatalan penerbangan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air Ravi Alagendrran
Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air Ravi Alagendrran

Di sebalik semua kritikan dan kemarahan yang dihamburkan terhadap Rayani Air, individu paling mendapat kesan tentulah Ravi.

Hari ini, tersebar screenshot Ravi merayu kepada juruterbang Rayani Air di sebuah grup WhatsApp agar menerbangkan pesawat demi kebaikan 485 kakitangan syarikat tersebut yang tergugat periuk nasi mereka.

Juruterbang Mogok, Rayani Air Digantung Operasi Serta-Merta

Dalam petikan mesej yang dibuat ke dalam grup Whatsapp itu, Ravi turut memohon maaf kepada para juruterbang atas segala kesulitan yang timbul dipercayai membabitkan isu gaji tak dibayar, dan merayu supaya mereka bertugas kerana syarikat yang mahu menaja dana akan menarik diri jika penumpang terkandas menaiki penerbangan keesokan harinya.

rayani


Mengakhiri permintaannya Ravi dilihat sekali lagi meminta simpati juruterbang dengan meminta mereka mempertimbangkan anak-anak pekerja yang bakal mendapat kesan.

Dalam jawapan yang diberikan kepada Whatsapp Ravi itu, salah seorang bagaimanapun berkeras mahu syarikat membayar gaji mereka dan menyifatkan itu bukan kali pertama mereka terpaksa berlapar.

Petikan Whatsapp Ravi merayu pada juruterbangnya yang tersebar ini ternyata benar apabila ianya dikongsikan sendiri beliau di laman Facebook peribadi selain mengakuinya apabila ditanya oleh The Malay Mail.

Dalam kenyataannya kepada Malay Mail, Ravi turut mendakwa ada berlaku perbuatan sabotaj hingga syarikatnya mengalami pelbagai masalah.

Dalam pada itu, Ravi turut membuat satu permohonan maaf kepada penumpang Rayani Air pada hari ini.

CEO Rayani Air Minta Maaf, Rayu Terus Beri Sokongan

“Kami di Rayani Air mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat yang pernah terbang bersama kami. Terima kasih juga buat semua kakitangan Rayani Air yang sentiasa bersama-sama di masa jatuh bangun syarikat ini. Rayani Air akan kembali. Tunggu!” Ravi dilaporkan berkata. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori