Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

3 Mangsa Kebakaran Pusat...

KUALA LUMPUR – Tiga pelajar pusat tahfiz di sini yang menerima rawatan di...

Alumni Al-Azhar Bakal Ada...

KUALA LUMPUR - Alumni Al-Azhar bersetuju mewujudkan satu jawatankuasa yang akan menjadi pihak...

Rakaman Audio ‘Kawtim’ Dihantar...

PARIT - Rakaman audio 'kawtim' yang didakwa melibatkan pegawai khas Exco Kerajaan Negeri...

Ringgit Rendah Berbanding Dolar...

KUALA LUMPUR - Ringgit rendah berbanding dolar US pada sesi pagi, hari ini,...

Video: Kecoh, Polis Dirakam Terajang Suspek Sudah Bergari

SATU rakaman video sekumpulan polis memberkas seorang penjenayah yang dimuat naik di media sosial pada petang Sabtu, mencetuskan kontroversi.

Ianya gara-gara tindakan anggota polis terlibat menendang dan menumbuk penjenayah yang sudah pun digari di hadapan orang awam termasuk seorang daripada mereka yang bertindak merakamnya.

Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 6.45 petang Jumaat di Taman Pelangi, Johor Bahru.

Susulan rakaman kejadian yang kini viral, anggota polis terlibat dilaporkan akan dikenakan tindakan sewajarnya.

Berdasarkan fakta kejadian yang dicatat pihak polis, anggota URB mereka sedang melakukan rondaan ketika terserempak dengan suspek yang menunggang motosikal di Jalan Masai Kong Kong.

Suspek dikatakan memecut apabila diarah berhenti, menyebabkan berlaku adegan kejar mengejar. Apabila sampai di Jalan Delima 37, Taman Cahaya Masai Taman Scientex Seri Alam, motosikal suspek telah terbabas dan dia berjaya ditangkap dengan bantuan dua anggota URB IPD Seri Alam yang turun membantu setelah mendengar insiden kejar mengejar tersebut melalui walkie-talkie.


Kekerasan terpaksa digunakan apabila suspek dikatakan enggan bekerjasama hingga berlaku pergelutan. Pemeriksaan mendapati suspek cedera ringan melecet tangan semasa terbabas manakala anggota terlibat tidak mendapat sebarang kecederaan.

Pemeriksaan pada badan suspek menemui bungkusan dadah dipercayai ganja seberat kira-kira 10.27 gram sementara ujian air kencing mendapati positif ganja.

Susulan rakaman kejadian yang kini viral, bahagian tatatertib telah diarahkan untuk menjalankan siasatan kepada anggota yang terlibat.

Apa pun, tahniah kepada kesemua anggota yang berjaya memberkas suspek dalam kes ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori