Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Songlap Duit: Netizen Persoal...

NAMPAKNYA, kemelut isu pertikaian wang sumbangan orang ramai kepada anak-anak mangsa nahas Lebuhraya...

PAS Jumpa Pemimpin Tiga...

KUALA TERENGGANU : Pas akan mengadakan pertemuan secara tidak rasmi dengan tiga pemimpin...

Sherry Tidak Syak Komen...

PETALING JAYA - Pelakon dan pengacara Melodi, Sherry Alhadad tidak mengesyaki komen hinaan...

Lelaki Tampan Sanggup Jaga...

SEORANG aktor telah melakukan sesuatu yang sepatutnya dipuji apabila sanggup menjemput dan menjaga jirannya...

Najib Ucap Tahniah Kepada Skuad Gimnastik Negara

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada skuad gimnastik negara yang meraih dua pingat emas pada Kejohanan Siri Piala Dunia Gimnastik Artistik di Ljubljana, Slovenia pada Ahad.

“Tahniah Tan Ing Yueh dan Tracie Ang cipta sejarah berjaya rangkul dua emas gimnastik pertama negara di #WorldChallengeCup, Slovenia!

“Tahniah juga buat @farahannhadi raih pingat pertama Malaysia dengan bawa pulang perak di kejohanan sama #KamiTeamMalaysia,” kata perdana menteri menerusi catatan dalam laman Twitternya hari ini.

Dalam kejohanan itu, Tan menyumbang pingat emas pertama Malaysia selepas mengungguli acara batang titian dengan 13.800 mata manakala pingat emas kedua negara disumbangkan Tracie dalam acara senaman lantai dengan meraih 13.450 mata.


Seorang lagi gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi merangkul pingat pertama Malaysia pada kejohanan itu apabila memenangi perak dalam acara melombol wanita. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori