Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tinggal Di Pondok Usang,...

ALOR SETAR – Sekali pandang ia tidak ubah seperti 'reban ayam'. Namun, siapa...

VIDEO: ‘Penyakit’ Curi, Cium...

SEMALAM seorang lelaki di Kampar, Perak didenda RM2,500 kerana menyimpan sejumlah seluar dalam...

IPC Tarik Hak Penganjuran...

LONDON - Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) menarik balik hak Malaysia selaku penganjur Kejohanan...

Baitulmaqdis: AS Veto Draf...

NEW YORK - Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto untuk menolak draf resolusi...

SPR Sarawak Buat Persiapan Rapi Untuk PRN-11

KUCHING – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak telah bersedia dengan persiapan rapi bagi menghadapi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-11 yang bakal diketahui tarikhnya Khamis ini.

Semua persiapan berjalan lancar dengan taklimat telah diberikan kepada semua pihak yang akan terlibat dengan operasi pilihan raya itu, kata Pengarah SPR Sarawak Datuk Takun Sunggah.

SPR negeri kini dalam rangka menggerakkan persiapan logistik di semua kawasan mengundi pula, katanya kepada Bernama ketika membuat tinjauan pameran “Semarak Pilihan Raya” anjuran Arkib Negara cawangan Sarawak di Bangunan Sultan Iskandar di sini.

DUN Sarawak dibubarkan hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya DUN ke-11, dan SPR dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mesyuarat bagi membincangkan tarikh penting pilihan raya berkenaan akan diadakan di sini pada Khamis.

Takun mengingatkan semua parti politik supaya mematuhi peraturan pilihan raya dan hanya berkempen selepas hari penamaan calon.


“Kalau berkempen dari segi berkumpul di satu-satu tempat, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada polis.

“Sekiranya ada dalam kalangan parti-parti yang meletakkan bahan kempen sebelum penamaan calon, mungkin tindakan boleh diambil oleh pihak berkuasa tempatan,” kata Takun.

Sementara itu pameran “Semarak Pilihan Raya” dibuka percuma kepada orang ramai di bangunan Sultan Iskandar di sini mulai hari ini hingga Jumaat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori