Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

100 Rumah Daif Dibaiki...

SANDAKAN - Sebanyak 100 rumah daif di kawasan Parlimen Batu Sapi dibaik pulih...

Setem “Negaraku” Sempena Hari...

KUALA LUMPUR - Bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2017, Pos Malaysia...

Jangan Merajuk Dan Khianati...

KUALA KANGSAR – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak hari...

KDN Lancar Talian Khas...

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan talian khas Antipemerdagangan Orang bagi Majlis...

Guna Cop Dagangan Palsu, KPDNKK Rampas 59 Guni Benih Padi

KANGAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis merampas 59 guni benih padi yang menggunakan cop dagangan palsu bernilai RM2,537 dari sebuah kedai menjual baja dan racun pertanian di Simpang Empat di sini.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Jamal Nor Ahmad Harun berkata serbuan pukul 12.30 tengah hari pada Khamis lepas itu dibuat selepas pemilik cop sebenar, Syarikat Perniagaan Peladang MADA Sdn Bhd (SPPM) membuat aduan.

Katanya kualiti jahitan guni benih padi tersebut menggunakan benang warna putih serta longgar berbanding jahitan pada guni bercop asli menggunakan benang warna hijau dan merah.

Jamal Nor berkata selain itu, guni benih padi bercop asli turut tertera ‘Skim Pengesahan Benih Padi’ oleh Agensi Pengesahan Jabatan Pertanian di bahagian atas guni.

“Ketebalan guni cop dagangan palsu lebih nipis berbanding yang asli manakala cetakan berwarna di guni cop dagangan palsu lebih terang dibandingkan dengan guni cop dagangan asli yang agak pudar,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata setiap guni benih padi bercop palsu itu mengandungi 20 kilogram (kg) benih padi, dijual dengan harga RM43 hingga RM45 seguni manakala benih padi bercop asli berharga RM48 hingga RM50 seguni.

“Isu di sini ialah kualiti benih yang dijual kepada pesawah. Kita bimbang daripada 20kg satu guni, beberapa kilo sahaja mengandungi isi, selebihnya mungkin padi angin,” katanya.


Beliau berkata siasatan awal mendapati pembekal benih padi yang menggunakan cop dagangan palsu itu dipercayai dari Kedah.

“Saya berharap pesawah lebih berhati-hati membeli benih padi supaya tidak tertipu dan akhirnya menanggung kerugian besar,” katanya.

Jamal Nor berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan denda RM10,000 bagi setiap unit (guni benih) yang dirampas atau tiga tahun penjara.

Sementara itu, jurucakap SPPM berkata benih padi syarikat itu terlebih dahulu dihantar kepada Jabatan Pertanian untuk dianalisa dan disaring bagi memastikan kesesuaian menjadikannya benih sebelum dipek dan dijual. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori