Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Status Juara Dunia Gagal...

JAKARTA – Status juara dunia yang dipegang atlet wushu negara, Wong Weng Son...

Jijik! Tahi Kucing Bergelumang...

MEMUALKAN! Itu ungkapan paling layak diberi terhadap situasi yang dirakamkan oleh seorang individu...

Najib Mesti Dilayan Secara...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak harus diberi layanan secara bermaruah...

Nekmat Diminta Rancang Stok...

PUTRAJAYA - Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dan persatuan nelayan lain diminta untuk memulakan...

Video: Keeper JDT Digelar ‘Anjing’ Oleh Penyokong Kelantan

PERLAWANAN bola sepak di antara pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW), Kelantan menentang Johor Darul Tak’zim (JDT) di Stadium Sultan Muhammad IV pada Jumaat, dicemari insiden memalukan daripada penyokong Kelantan.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di halaman Facebook Johor Southern Tigers, Aksi penyokong Kelantan yang melaungkan perkataan ‘Farizal itu anjing’ menerima kecaman hebat peminat sukan bola sepak tempatan.

Insiden dipercayai bermula apabila penyokong Kelantan tidak puas hati dengan aksi cemerlang penjaga gawang JDT, Farizal Marlias yang berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya daripada penyerang Kelantan.

Sebenarnya adalah biasa bagi mereka yang berada di perawanan bola sepak, menyaksikan penjaga gol lawan yang beraksi cemerlang dikutuk bagi memuaskan hati yang sakit.

Barangkali atas sebab itulah juga laungan sekumpulan penyokong Kelantan melaungkan “Farizal itu sayur” diikuti panggilan biadap “Farizal itu anjing” bergema di Stadium Sultan Muhammad IV.


Apa pun, setiap sesuatu ada batasnya dan bahasa yang digunakan penduduk negeri Serambi Makkah ini amat memalukan.

Bayangkan jika pasukan sendiri digelar sebegitu rupa oleh penyokong pasukan lawan, mampukah mereka menerimanya?

Fanatik-fanatik juga tapi janganlah sampai menghina dan menggelar pemain pasukan lain anjing. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori