Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Buruh Binaan Peluk Budak...

SELAYANG - Seorang buruh binaan warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang, di...

Pegawai Tadbir Minta Habuan...

ALOR SETAR (Kedah) - Seorang Pegawai Tadbir di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dihadapkan...

Majlis Iftar Di Gurdwara...

JOHOR BAHRU - Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru mengecam tindakan Ahli Parlimen Johor...

Makkal Sakthi Harap Dapat...

PRN JOHOR | Makkal Sakthi Malaysia berharapkan mereka akan diberi peluang untuk bertanding...

AirAsia, MAB Tawar Diskaun Untuk Penumpang Rayani Air

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan AirAsia kini menawarkan tambang pada potongan harga 50 peratus untuk penumpang Rayani Air yang terjejas berikutan penggantungan operasi syarikat berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat tambang rendah itu berkata tawaran berkenaan melibatkan penerbangan bagi destinasi ke dan dari Kuala Lumpur, Langkawi, Kota Baharu, Kuching serta Kota Kinabalu untuk tempoh perjalanan mulai hari ini hingga 27 April 2016.

Ia bagaimanapun khusus untuk semua penumpang Rayani Air yang memiliki tempahan penerbangan yang sudah disahkan.

Penumpang terbabit boleh mengemukakan tempahan itu di Pusat Perjalanan dan Perkhidmatan AirAsia di klia2, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (Kota Baharu), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

“Kami amat bersimpati dengan kesemua penumpang Rayani Air yang terjejas ini. Kami berharap pemberian diskaun ini dapat membantu mereka membuat urusan perjalanan baharu, terutamanya menerusi kekerapan penerbangan kami di semua destinasi terlibat,” kata Ketua Komersial AirAsia, Spencer Lee.

AirAsia mengendalikan sejumlah 11 penerbangan sehari masing-masing dari Kuala Lumpur ke Langkawi serta Kuala Lumpur ke Kuching; lapan penerbangan sehari masing-masing dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu dan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu serta tiga penerbangan sehari dari Kota Kinabalu ke Kuching.

Sementara itu, penumpang yang memegang tiket perjalanan Rayani Air juga boleh menempah semula penerbangan mereka yang sudah dibatalkan melalui Malaysia Airlines Berhad (MAB).


Syarikat penerbangan nasional itu kini menawarkan harga tambang dengan diskaun kepada penumpang Rayani Air yang terjejas susulan penggantungan operasi syarikat berkenaan.

Tawaran tambang itu boleh didapatkan mulai hari ini sehingga 30 April 2016 bagi perjalanan segera sehingga 31 Julai 2016, menurut kenyataan MAB.

Ketua Pegawai Komersial, Paul Simmons berkata sebagai syarikat penerbangan kebangsaan dan atas rasa mengambil berat terhadap rakyat Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab syarikat itu untuk memberi sebarang bantuan bagi mengurangkan beban yang menjejaskan penumpang Rayani Air.

“Dalam hal ini, kami menawarkan tambang istimewa kepada penumpang yang terjejas untuk membawa mereka ke destinasi yang dihasratkan. Kami berharap tawaran ini akan meringankan masalah perjalanan yang dihadapi penumpang,” katanya.

Bagi menikmati tambang istimewa itu, penumpang yang terjejas perlu mengemukakan emel mereka berkenaan bukti tempahan perjalanan dengan Rayani Air. Mereka boleh menghubungi MAB atau lawati kaunter tiket MAB di seluruh negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori