VIDEO seorang guru memukul pelajarnya di sebuah sekolah menengah yang terletak di Ozen, Texas, Amerika Syarikat viral di laman sosial pada Jumaat lalu. Insiden berkenaan telah dirakam oleh salah seorang daripada pelajar guru terbabit dan disebarkan melalui media sosial.
Guru wanita itu dikenali sebagai Mary Hasting, mengajar mata pelajaran Geometri di sekolah berkenaan. Namun tindakan guru itu disokong oleh beberapa pelajarnya.
Dalam kejadian tersebut, menurut salah seorang daripada pelajar itu, video yang berdurasi selama 12 saat itu tidak dapat menceritakan keseluruhan kejadian yang berlaku.
“Saya tidak mahu perkara ini menjejaskan hidup Puan Mary,” kata seorang pelajar.
Seorang lagi pelajar yang enggan dikenali identitinya turut sama memberi pandangan mengenai guru veteran itu yang telah berkhidmat selama tiga tahun mengajar mata pelajaran matematik di sekolah itu.
Disebabkan video yang beberapa saat itu, Mary ditahan oleh pihak polis dan dibawa ke penjara Jefferson County, di mana dia didakwa kerana melakukan serangan ke atas pelajarnya.
Salah seorang dari pelajar berkata, “Mereka selalu membaling barang kearahnya serta memaki hamun dia,” kata pelajar itu.
Menurut pelajar di sekolah itu lagi, Mary merupakan seorang guru yang baik, penyabar dan suka membantu. Pelajar terbabit dan beberapa kakitangan di sekolah itu terkejut melihat wanita itu bertindak sedemikian seolah-olah telah hilang sabar dan bukan dirinya yang sebenar.
Jika disabitkan kesalahan, guru malang itu boleh dimasukkan ke penjara untuk beberapa hari. Pihak sekolah mengutuk keras tindakan guru  itu dan telah memberikan cuti kepadanya sementara menunggu keputusan siasatan berkaitan kes itu.
Menurut pelajar yang lain pula, guru berkenaan sepatutnya tidak memukul pelajar itu sekiranya tidak mahu menjejaskan kerjayanya.
“Kedua-duanya mengalami hari yang teruk,” jelas pelajar itu.
Mary Hasting kemudiannya dibebaskan daripada tuduhan setelah membayar ikat jamin. Menurut pihak sekolah dalam satu kenyataan, mereka sama sekali tidak akan membiarkan mana-mana pekerja menganianya ‘kanak-kanak’ dan tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan seumpama itu. – MYNEWSHUB.CC