Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PTPTN Mula Pemotongan Gaji...

KUANTAN - Potongan gaji bagi penjawat awam yang mempunyai pinjaman dengan Perbadanan Tabung...

PPM Perlu Bantu Sampaikan...

SANDAKAN - Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) di setiap Dewan Undangan Negeri perlu menyampaikan...

Menteri Mahu Berkereta Mewah,...

KUALA LUMPUR - MCA mendakwa Pakatan Harapan adalah sebuah kerajaan hipokrit kerana mendakwa...

Permintaan Juruterbang QZ8501 Untuk...

Permintaan juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 untuk terbang lebih tinggi pada ketinggian 38,000...

Sengsara Punya Suami Kacak Isteri Tuntut Cerai

SEJAK akhir-akhir ini banyak kejadian ‘pelik’ yang berlaku berkaitan hal rumah tangga dan bakal-bakal pengantin. Beberapa siri kejadian yang boleh dikatakan sebagai tidak masuk akal sering terjadi.

Di Malaysia, banyak peristiwa melibatkan wang hantaran tidak cukup, pergaduhan dalam majlis perkahwinan dan sebagainya.

Manakala senario di negara Arab juga seolah-olah menerima tempias sama seperti perkahwinan terpaksa dibatal gara-gara penyanyi jemputan yang diundang oleh mertua tidak dapat hadir kerana hujan lebat dan sebagainya.

Kini muncul pula kisah seorang isteri menuntut cerai daripada suami kerana tidak tahan memiliki seorang suami yang kacak atau terlalu handsome kerana cemburu dan ditakuti suaminya itu mempnyai wanita lain selain dirinya.

Gambar hiasan
GAMBAR HIASAN

Kejadian yang berlaku di Mesir itu mencuri perhatian pengguna laman sosial di negara itu gara-gara si isteri bertindak meminta cerai daripada sang suami.

Menurut portal Malaysian Digest, wanita berkenaan yang tidak mahu identitinya diketahui umum bertindak sedemikian rupa kerana sengsara mempunyai suami yang kacak setelah bersama hampir tiga tahun.

Menurut portal itu lagi, si suami merupakan seorang doktor dan memiliki rupa paras yang tampan. Wanita itu sentiasa mempunyai perasaan curiga dan cemburu terhadap suaminya kerana dikhuatiri suaminya itu akan mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain yang sentiasa ingin berdampingan dengannya.

Rata-rata netizen di negara itu bersetuju dengan tindakan wanita berkenaan meminta cerai dari suaminya itu dan menyifatkannya sebagai satu keputusan yang bijak.


“Daripada hidup sengsara dan menimbulkan ketegangan sepanjang masa, ia adalah lebih baik untuk menamatkan perkahwinan itu untuk memberi ketenangan fikiran,” kata seorang wanita Arab, Laila lapor portal tersebut.

Manakala Ahmed pula berkata: “Perasaan cemburu isteri akan membuatkan kehidupan kedua pasangan tidak bahagia, jadi ia adalah lebih baik untuk menamatkan perkahwinan ini.”

Ternyata rupa paras tidak dapat menjaminkan kebahagian seseorang, namun tidak dapat dinafikan rupa paras antara kriteria yang dicari oleh setiap individu untuk memilih pasangan hidup.

Walaupun umum mengetahui yang wajah handsome atau cantik tidak akan akal kekal buat selama-lamanya. Semakin usia meningkat kedutan di wajah juga akan turut bertambah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori