Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pakatan Mahu Jadikan Penyokong...

KUALA LUMPUR - Penyokong PAS menzahirkan bantahan mereka keatas pelawaan Pakatan Harapan supaya...

Video: Lucu! Nasihat Pedas...

SUSULAN video viral wanita dikenali sebagai Bella yang mengamuk akibat produk pelangsing yang...

Malaysia Tuan Rumah Sukan...

HANOI : Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) hari ini memilih Malaysia sebagai tuan rumah...

Bunuh Janda, Anggota Polis...

KOTA TINGGI - Seorang anggota polis berpangkat koperal berdepan hukuman mati selepas dihadapkan...

Syanie Ibaratkan Bekas Suami Buka Pekung Di Dada

AKIBAT status In an Open Relationship yang dimuat naik oleh bekas suami di akaun Facebook peribadi, Syanie terus menerima tohmahan orang ramai apabila berita berkenaan masalah rumah tangga mereka tersebar.

Menurut Syamie, dia berasa kecewa dengan perilaku bekas suaminya, Nadi Putera yang dikatakan telah membuka pekung di dada dengan memuat naik status tersebut.

“Semua cerita bukan keluar dari mulut saya. Dia yang membuka pekung di dada dengan memuat naik status tersebut.

“Apabila ada orang yang tidak tahu cerita sebenar tiba-tiba memberikan komen yang pedas, memang saya hilang sabar.

“Semakin banyak komen yang tidak masuk akal diberikan, semakin banyak pahala yang saya akan dapat.

“Saya sedih bila baca komen dari mereka yang tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya tetapi mahu tunjuk pandai. Bukan mereka tahu apa yang berlaku, dan kata-kata mereka itu benar-benar mengguris hati saya yang terluka ini.


“Saya tidak akan memaafkan sampai akhirat insan-insan yang sesedap mulut mengutuk saya.”

Tambahnya, dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan meminta orang ramai supaya memberikan masa dan ruang untukknya supaya dia dapat menenangkan diri.

Dan apabila tiba masanya, dia akan membuat kenyataan di akaun Facebook miliknya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori