Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Bayi Lemas Jatuh Kolam...

Serian - Seorang ibu kelu dan terkejut apabila melihat bayi lelakinya berusia 16...

Terengganu Fokus 3 Subjek...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) kini giat memperkasakan penguasaan tiga...

Kerajaan Belum Terima Tawaran...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya belum menerima tawaran secara rasmi daripada Maju...

PRU15: Ambil Iktibar PRN...

KUALA LUMPUR - “Ambil iktibar atas apa yang berlaku daripada Pilihan Raya Negeri...

TMJ, Che Puan Khaleeda Bakal Timang Cahaya Mata?

PENANTIAN hampir dua tahun rakyat negeri Johor Darul Takzim kini berakhir kerana pasangan Tunku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail (TMJ) dan YM Che Puan Khaleeda binti Bustaman dikatakan sedang menghitung hari untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka.

Walaupun berita gembira itu masih belum disahkan oleh pihak istana, namun sebuah status berserta gambar yang dimuatnaik oleh laman Facebook Saya Anak Johor seakan-akan mengukuhkan khabar baik tersebut.

Untitled3

Dalam gambar yang diambil semasa TMJ dan Che Puan Khaleeda menghadiri majlis Anugerah Pentagon di hotel Fullerton Bay di Johor Bahru pada Sabtu, 9 April lalu, fizikal Che Puan agak jelas kelihatan lebih berisi daripada biasa dan wajahnya juga tampak berseri-seri seperti sedang berbadan dua.

Dalam makan malam gala tersebut, baginda telah menerima anugerah bagi kategori ‘The Leader’s Leader Award’ bagi sumbangannya pada kejayaan kelab JDT menggungguli AFC Suzuki Cup dan Liga Super Malaysia.

Khabar kehamilan Che Puan Khaleeda disambut dengan penuh kegembiraan dan perasaan teruja oleh rakyat Malaysia, khususnya anak jati negeri Johor.

Pelbagai ucapan gembira dan doa-doa yang baik memenuhi ruangan komen status tersebut, dan ada juga netizen yang sempat ‘nakal’ dengan membuat spekulasi jantina bakal cucunda pertama Sultan dan Sultanah Johor itu.

Dalam rata-rata komen yang kami saring, majoriti rakyat jelata berharap agar bayi DiRaja yang bakal dilahirkan itu ialah lelaki kerana berpegang kepada ‘janji’ TMJ untuk menamakan bakal cahaya matanya bersempena Almarhum adindanya, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail yang mangkat 5 Disember tahun lalu akibat kanser hati.

Untitled

Tak kurang juga, terdapat ‘ahli-ahli nujum’ yang pantas membuat ramalan usia kandungan Che Puan berdasarkan saiz baby bump isteri kesayangan Tunku Ismail itu. Ada yang kata 5-6 bulan, dan ada yang kata 6-7 bulan.

tmj2


tmj

Apa-apa pun, memang rakyat amat teruja dan tidak sabar menunggu detik bersejarah kelahiran putera atau puteri yang bakal menjadi pewaris takhta negeri Johor Darul Takzim meskipun kenyataan rasmi pihak istana masih belum dikeluarkan.

Jika benar TMJ dan Che Puan Khaleeda bakal menjadi ayahanda dan bonda dalam masa terdekat ini, kami di Mynewshub ingin mengucapkan tahniah dan mengirimkan doa agar proses kelahiran cucunda Sultan dan Sultanah Johor ini berjalan dengan selamat. - MYNEWSHUB.CC

 

 

 

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori