MENJALIN hubungan cinta bersama rakan sekerja ternyata merupakan keputusan ‘bodoh’ yang terbaik pernah dilakukan oleh animator terkenal, Kevin Ulrich sepanjang hidupnya.
Dalam satu video terbaharu yang di-postĆāĆĀ menerusi akaun Brotherhood Workshop di laman YouTube pada Isnin lalu, Ulrich telah mencipta semula kisah cinta di tempat kerjanya menggunakan LEGO.
Pengembaraan animasi itu menunjukkan Ulrich sedang diperkenalkan dengan seorang pekerja wanita baharu, Celina dan dia memutuskan untuk melakukan ‘kerja bodoh’ bersama-sama Celina.
Akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta.
Video berdurasi 73 saat dihasilkan oleh Ulrich selama 70 jam dan ia berjaya mendokumenkan satu kisah cinta yang sangat luar biasa dengan kemunculan watak Gollum dari filem Lord Of the Rings. – MYNEWSHUB.CC