Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tun M Sah ‘Enggan’...

PUTRAJAYA - Ibarat lagu popular band Kerispatih dari Indonesia, Tapi Bukan Aku, ketika...

Sarawak Disaran Rangka Pelan...

KUCHING - Kerajaan negeri Sarawak disaran agar merangka pelan tindakan yang komprehensif untuk...

Lelaki Cedera Selepas Kereta...

SEBERANG PERAI - Seorang lelaki cedera selepas kereta yang dipandunya terbabas ke dalam...

VIDEO: Lepas Dibelasah, Pencuri...

MELAMPAU dan biadap.. itu ayat yang paling sesuai untuk menggambarkan perbuatan sekumpulan lelaki...

PDRM Kesan Individu Biadap Sunting, Sebar Gambar Aib PM

KETUA Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan polis mengesan invididu yang menyunting serta menyebarkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggap mengaibkan di laman sosial.

Sebelum ini, PDRM telah mengesan dan menyoal pengguna akaun Twitter bernama @DJStarscreamx berkaitan gambar PM yang telah disunting menggantikan wajah pengasas kosmetik, Dato Vida yang dianggap mengaibkan.

pm

Gambar itu telah diedit oleh pengguna facebook dengan nama Wak Rico Rock Kapak dengan caption: “Qu Samun, Qu Samun, Barulah Penyamun!” dan ia dipercayai bertujuan untuk memburukkan nama Najib sebagai Perdana Menteri.

Selepas hal ini berlaku, masih ramai yang berani untuk melakukan perkara tersebut tanpa menghiraukan konsekuensi yang akan berlaku kepada mereka, termasuklah melakar karikatur  Najib Razak berwajah badut.

pm2

Kartunis dengan nama Fahmi Reza di akaun Facebook yang didakwa bertanggungjawab melakar gambar badut muka Najib ini juga telah disoal pihak PDRM kerana tindakan biadap mengaibkan serta menyebarkan poster dan lukisan tersebut.


Sebarang tindakan mengaibkan PM dengan menggunakan gambar atau video multimedia akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (pengunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).

Ia boleh disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan (dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan).

Jika didakwa dan didapati bersalah atas tuduhan, mereka akan berhadapan dengan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Perkara ini bukan sahaja mengaibkan maruah seorang individu terpenting di Malaysia, malah ia juga memburukkan nama Malaysia di mata dunia kerana tindakan tidak bertanggungjawab seperti ini sering menjadi perhatian. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori