Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mun Yee-Nur Dhabitah Tak...

GOLD COAST - Penerjun negara Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri tidak...

Najib Adakan Sidang Media...

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengadakan satu sidang...

Rafizi Minta Maaf Jika...

KUALA LUMPUR - "Saya meminta maaf jika semasa saya menjadi wakil rakyat dahulu,...

1MDB: PDRM Mohon Ambil...

KUALA LUMPUR - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menghantar permohonan bantuan bersama dalam perkara...

Histeria: Pelajar SMK Pengkalan Chepa 2 Diberi Cuti

KOTA BHARU – Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2, di sini, diberi cuti peristiwa hari ini berikutan kes histeria sejak Isnin lalu.

Pengetua, Siti Hawa Mat, dalam sidang medianya sebentar tadi, berkata cuti itu hanya diberikan kepada 1,044 pelajar tetapi guru masih hadir seperti biasa.

“Ia adalah bagi memberi peluang kepada pelajar terutama yang diserang histeria memulihkan semula semangat mereka. “Kesempatan itu juga digunakan memulihkan keadaan sekolah bagi membolehkan sesi persekolahan berjalan semula seperti biasa,” katanya.

Siti Hawa berkata, dalam usaha pemulihan, pihaknya sudah pun menjemput beberapa pengamal perubatan Islam ke sekolah itu.

Beliau dimaklumkan oleh pengamal perubatan Islam terbabit terdapat beberapa kawasan yang didakwa ‘keras’ dan usaha memulihkan keadaan itu sedang dilakukan.

“Kami tidak diberikan sebarang pantang larang sebaliknya hanya membaca al-Quran selain beberapa pelan intervensi yang dilakukan termasuk bacaan Yasin dan berzikir.

“Buat masa kini keadaan sudah semakin pulih dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan terus kepada Jabatan Pendidikan negeri (JPN) termasuk menyambung cuti jika diperlukan,” katanya.


Dalam kejadian bermula Isnin lalu hingga semalam, lebih 50 pelajar termasuk lapan guru mengalami histeria yang menyebabkan mereka menjerit dan meracau. Keadaan itu menyebabkan pihak sekolah terpaksa membenarkan waktu persekolahan ditamatkan sedikit awal pada hari pertama.

Seorang mangsa yang juga guru Pendidikan Jasmani, Norlelawati Ramli, 32, berkata beliau hampir dirasuk sebaik selesai menenangkan mangsa histeria di sebuah kelas di tingkat empat.

“Saya rasa kedua-dua tangan menjadi berat dan ternampak sekilas kelibat lembaga hitam di hadapan.

“Saya cuba lawan dengan membaca ayat al-Quran. Alhamdulillah keadaan saya tidak serius,” katanya. – BHarian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori