Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

“Serangan Ke Atas Amerika...

NEW YORK - Korea Utara mengeluarkan amaran bahawa serangan roket ke atas bumi...

Harga Getah: ‘Tolong Ringankan...

BALING - Akibat kejatuhan harga getah melampau, masyarakat yang mengharapkan pendapatan sepenuhnya sebagai...

Kes Bunuh Segambut: Isteri...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita ditahan reman lima hari mulai hari ini bagi...

Kartunis Kontroversi Direman Sehari...

GEORGE TOWN - Polis mendapat perintah reman selama sehari ke atas seorang kartunis...

‘Bawa Pisau, Kita Tores Seat Belakang Dia’ – Pemandu Teksi

GELEGAT biadap seorang pemandu teksi tempatan yang memuat naik status berbaur ancaman menerusi laman Facebook menerima kritikan ramai netizen.

Pengguna Facebook, Badrul Kamaruddin dilihat mengajak orang ramai menganiaya pemandu Uber/Grabcar dengan cara kotornya melalui laman Group Teksi Malaysia.

“Takde duit nak naik teksi? Jangan risau. Download dan buka application GrabCar, book 1 GrabCar. GrabCar sampai, terus je naik. Sampai destinasi, jangan bayar.

“Kalau drebar GrabCar itu bising, suruh dia pergi buat repot polis. Tobat lahom dia tak repot. Permit teksi tarak, PSV tarak, insurans tarak. Try ler,” tulisnya pada laman group tersebut.

Cadangan kurang ajar lelaki tersebut kemudian disambut baik oleh beberapa ahli group berkenaan yang rata-ratanya merupakan pemandu teksi konvensional.

teksi22

“InshaAllah saya akan cuba bila nak ke KLIA. Kita pakat-pakat cuba. Kalau nak puas hati lagi, bawa pisau, kita toreh seat belakang dia,” kata Badrul lagi.

Pengguna media sosial, Azli Junus yang dipercayai merupakan pemandu teksi turut menambah ‘garam’ dengan mencadangkan lagi beberapa perkara khianat.


“Toreh seat dia, ludah, buang kahak, hingus. Suruh dia buka aircond kuat-kuat, maksimum. Pastu lagi power, bawa lipas sebungkus dan biar kereta dia penuh dengan lipas. Nanti lama-lama baru padan muka,” kata Azli.

Gambar-gambar screenshot perbualan mereka bagaimanapun telah tersebar di media sosial dan rata-rata netizen mengkritik tindakan tidak profesional para pemandu teksi terbabit.

“Makin orang tak nak naik adalah. Some driver teksi okay tetapi disebabkan ada kepala batu sekolah tak habis punya perangai, habis terjejas periuk nasi orang lain. Rezeki masing-masinglah, kenapa sampai perlu sabotaj?” soal Aliya Mansor.

“Sekarang semua tak nak naik teksi la jawabnya. Buat statement camtu… Automatik sabotaj teksi la tu, sebab buat statement sabotaj,” tulis Lizz Liz Alin

“Mak aih, gangster betul taxi driver sekarang. Busuk hati macam ni memang jauh rezeki nak sampai. Harap PDRM dan SPAD ambil tindakan. Sudah ada unsur ugutan di situ,” kata Siti Nurhidayah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori