SEORANG ibu memuat naik mesej tentang anak perempuannya yang mengalami serangan seksual di laman Facebook mencetuskan perbualan hangat menerusi media sosial itu.
Catherine St. Germain, 34; dari Calorado, Amerika Syarikat memuat naik video berdurasi tiga minit itu di laman Facebooknya minggu lalu menerima lebih dari 50 juta tontonan sejak ia dimuat naik.
Melalui posting di laman sosial itu, Catherine mendakwa bahawa bekas suaminya yang baharu dikahwini itu telah melakukan serangan seksual ke atas anak perempuannya yang berusia 15 tahun.
“Dia merupakan bekas anggota polis dan mempunyai tiga orang anak, mengapa tidak percayakan dia dengan anak-anak anda? Dia seorang yang sakit jiwa,” kata Catherine kepada portal kutv.com.
Memandangkan April ialah Bulan Kesedaran Gangguan Seksual, Catherine memuat naik video tersebut berharap ia dapat didik dan bantu ibu bapa di luar sana untuk mengenali tanda-tanda mengalami serangan seksual.
“Bekas suaminya itu sentiasa membelikan hadiah-hadiah mewah untuk anak perempuannya. Selain bawa remaja itu makan aiskrim apabila sedih,” jelas Catherine mengenai kelakuan bekas suaminya itu.
Catherine menggalakkan ibu bapa supaya aktif melakukan pencarian melalui database pesalah laku seks untuk nama-nama tertentu bukan sahaja di kawasan sekeliling mereka. – MYNEWSHUB.CC