Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Revisit Pahang 2018 Sasar...

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang menyasarkan pulangan sebanyak RM6 bilion menerusi penganjuran Program...

Asyraf Wajdi Ketua Pemuda,...

KEPUTUSAN rasmi pemilihan UMNO 2018 mengesahkan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memenangi jawatan...

Video: Penjaga Gol Lepaskan...

TAK salah rasanya jika Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mewujudkan satu anugerah khas...

Mendiang Tan Sri Yeoh...

KUALA LUMPUR - Perarakan pengebumian Tan Sri Yeoh Tiong Lay meninggalkan kediaman YTL...

Haris Ibrahim Dipenjara 8 Bulan Beri Ucapan Berbaur Hasutan

KUALA LUMPUR – Bekas peguam Haris Fathillah Mohamed Ibrahim dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memberi ucapan berbaur hasutan dalam ceramahnya tiga tahun lepas.

Hakim Shamsudin Abdullah membuat keputusan itu setelah mendapati Haris Fathillah, 57, bersalah terhadap pertuduhan itu mengikut Akta Hasutan 1948 dan memerintahkannya menjalani hukuman itu bermula hari ini.

“Mahkamah mendapati perkataan yang diucapkan oleh tertuduh adalah untuk menimbulkan rasa tidak puas hatinya terhadap kerajaan yang memerintah dan perkataan itu juga mempunyai kecenderungan untuk menghasut rakyat Malaysia supaya mengubah kerajaan sedia ada,” kata hakim itu.

Shamsudin berkata, tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan dan mahkamah berpuas hati pembelaan yang dikemukakan Haris Fathillah hanya bersifat penafian semata-mata.

Mahkamah membenarkan permohonan tertuduh yang diwakili peguam Gobind Singh Deo bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dengan menaikkan wang jaminan daripada RM5,000 kepada RM10,000.

Terdahulu, Gobind memohon supaya Haris Fathillah hanya dikenakan denda minimum RM5,000 berbanding hukuman penjara atas alasan anak guamnya itu tidak mempunyai rekod lampau kerana tidak pernah disabitkan dengan kesalahan.

“Anak guam saya merupakan bekas peguam berpengalaman selama 20 tahun dan merupakan seorang aktivis yang aktif dalam pertubuhan sivil,” katanya yang turut memaklumkan bapa kepada dua anak itu sedang menjalani rawatan bagi mengubati penyakit diabetes, arthritis dan masalah jantung yang dialami.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Ilmami Ahmad membantah rayuan pembelaan supaya tertuduh dikenakan denda atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius dan wajar dipenjarakan.

“Perbuatan menghasut bukan saja kesalahan serius tetapi boleh menggugat kesejahteraan dan keamanan rakyat kerana jika dibiarkan berterusan, rakyat tidak akan taat kepada kerajaan dan kerajaan akan digambarkan sebagai kerajaan yang zalim,” hujahnya.


Muhammad Ilmami berkata, sebagai bekas peguam yang aktif dalam pertubuhan sivil, tertuduh sepatutnya mempunyai pengetahuan dan mengambil langkah yang betul dari segi undang-undang untuk menyelesaikan isu mengenai pilihan raya.

Pada 29 Mei 2013, Haris Fathillah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memberi ucapan menghasut bagi membangkitkan kemarahan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah.

Selain Haris Fathillah, turut didakwa bersama ialah Naib Presiden PKR, Chua Tian Chiang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua, 53; aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd Halim, 27; aktivis Hishamuddin Md Rais, 65; ahli Pas Mohd Tamrin Abdul Ghafar, 66; dan bekas pengerusi Solidariti Mahasiswa (SMM) Muhammad Safwan Anang@Talib, 27.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan Maharaja Lela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori