Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

“Kami Akan Lebih Berhati-Hati!”

GERIK - Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak,...

Apa Komen Anda Melihat...

Selalunya kami akan gelapkan mata untuk kisah-kisah yang tertentu.Namun, dalam hal ini kami...

Gua Baharu Ditemui Dekat...

KUCHING - Sekumpulan penjelajah gua telah menemukan sebuah gua baharu yang indah berhampiran...

Hentikan Spekulasi Jawatan Pengerusi...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa meminta semua pihak...

Polis Sarikei Cari Saksi Kemalangan Maut Libat Pekebun

SARIKEI – Pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut langgar lari melibatkan seorang pekebun warga emas petang semalam, untuk tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Pemangku Superintenden Mat Jusoh Muhammad berkata, lelaki terbabit Leong Ah Yang, 68, sedang menunggang motosikal dari kebun ke rumahnya ketika kejadian itu berlaku di KM1 Jalan Kim San di sini.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dilanggar sebuah lori.

Beliau berkata mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sarikei untuk rawatan, tetapi kemudian dirujuk ke Hospital Sibu pada 2.44 petang hari sama.


Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Sibu dan mayat mangsa diserahkan kepada waris, semalam.

“Polis memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai kejadian ini bagi membantu polis menyelesaikan kes ini dengan segera,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori