Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Peniaga Dipenjara 3 Hari,...

KUALA LUMPUR - Gara-gara memiliki logo besi Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa kebenaran,...

Keganasan Di Selatan Thai...

BANGKOK - Kerajaan mengutuk sekeras-kerasnya insiden pengeboman sebuah pasar raya di Pattani, selatan...

Ramai ‘Puteri Disney’ Dilihat...

SUATU pemandangan luar biasa apabila beberapa puteri dari karakter popular Disney datang ke...

Isu Komik Propaganda Hangatkan...

KUALA LUMPUR - Isu komik `Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' menghangatkan...

Kerjaya Lakonan Malap, Peluang Terokai Bidang Baru-Fizz Fairuz

DUNIA artis ibarat putaran roda, tidak selalunya berada di atas, adakalanya berada di bawah dan naik semula atau sebaliknya.

Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainil Abidin, 37; akui dirinya kurang mendapat tawaran berlakon dari mana-mana produksi tempatan akhir-akhir ini.

915701_561582537326839_1187609320_n

Kerjayanya sebagai pelakon dikatakan semakin malap namun dia tidak berasa kecewa namanya tidak menjadi pilihan produksi-produksi tanah air. Baginya ia adalah situasi yang normal untuk seorang artis.

“Sebagai pelakon saya terima hakikat zaman kegemilangan saya sudah pun berakhir dan ia kitaran biasa.

“Jika dahulu adalah masa saya sekarang giliran bakat-bakat baharu pula untuk mencipta nama sebagai pelakon,” katanya kepada sebuah portal berita.

Walaupun kegemilangan pelakon ini dalam industri tempatan semakin malap, tidak bererti dia akan meninggalkan industri yang banyak menyumbang dan menaikkan namanya.

Menurut pelakon filem Munafik ini, senario yang dihadapinya itu merupakan satu peluang bagi dirinya untuk meningkatkan lagi karier seninya ke tahap yang lebih tinggi.

Ini seperti menceburi bidang pengarahan dan penerbitan filem atau drama pada masa akan datang.

12519231_429701840574055_1941176306_n

“Saya masih dalam industri dan saya ada perancangan tersendiri untuk membawa karier saya ke tahap lebih tinggi.


“Alhamdulillah sebagai permulaan saya sudah pun membuka syarikat sendiri iaitu Rain Maker Creative Sdn. Bhd. untuk menghasilkan drama atau pun filem termasuk pengurusan acara,” jelasnya.

Fizz ketika ditemu bual oleh sumber itu ketika sidang media Karya 12 Khamis lalu menyatakan kesyukuran apabila filem lakonannya iaitu Munafik dan beberapa artis lain seperti Nabila Huda mendapat sambutan luar biasa.

Filem arahan pengarah muda berbakat, Syamsul Yusof telah membuka peluang kepada dirinya untuk terus berlakon dan berada dalam industri seni.

“Sejak Munafik ditayangkan saya kembali mendapat pelbagai tawaran lakonan. Alhamdulillah rezeki saya masih tidak putus,” ujarnya.

12751547_749986608465629_1696258383_n

12783367_1709855919294311_1524583798_n

 

Dalam perkembangan lain, menurut sumber itu lagi, Fizz kini sedang sibuk menguruskan sebuah projek bersempena dengan Tahun Melawat Pahang pada tahun hadapan dan ia merupakan projek pertama di bawah syarikatnya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mstar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori