Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Best Outcomes Websites to...

Normally, ensure your essays may undoubtedly be write my paper for me distinct...

Masjid Dititah Solat Hajat...

KUANTAN - Semua masjid di Pahang dititah mengadakan solat hajat, bacaan Yassin dan...

Apa Harus Dibuat Jika...

SENARIO penolakan bayi untuk menyusu bukan sahaja dialami oleh ibu yang baharu kali...

Lawatan Pra-Hari Natal Ke...

KABUL - Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence telah mengadakan lawatan pra-Hari Natal...

Beri Peluang Kepada Sharnaaz Dan Scha – Nabil Ahmad

PROGRAM Gempak Superstar yang memulakan siarannya Ahad lalu di saluran Astro merupakan sebuah program nyanyian yang menampilkan 10 artis tanah air berentap dalam bidang nyanyian.

Program tersebut dihoskan oleh aktres Scha Alyahya bergandingan dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.

Namun rata-rata netizen yang melihat program itu mengkritik kualiti pengacaraan dan program tersebut dikatakan hambar.

Pelawak, pelakon dan pengacara Nabil Ahmad tampil menyuarakan pandangan supaya memberi peluang kepada dua pengacara itu dan tidak dibandingkan dengan mana-mana individu termasuk dirinya.

str2_aynabilHBO_nabil_angelin

“Setiap orang mempunyai kelainan dari segi pengacaraan dan saya rasa tak perlu untuk orang bandingkan saya atau Sharnaaz.

“Bekerja dalam bidang ini bukanlah sesuatu yang mudah. Jangan terus mengkritik seseorang tanpa mengetahui apa yang mereka lalui.

“Macam Sharnaaz, kita semua tahu dia masih lagi baharu dalam bidang ini dan kita kena beri peluang kepada dia,” kata Nabil kepada sebuah portal.

Tambah Nabil lagi, program tersebut baru sahaja bersiaran di minggu pertama dan masih banyak masa untuk Sharnaaz dan Scha memperbaiki skil pengacaraan mereka.

Malah Sharnaaz juga pernah memberitahu media bahawa bidang pengacaraan adalah bukan jiwanya namun sedia mencabar diri dalam bidang itu.


screen-shot-2016-04-11-at-12-03-31-pm

“Saya pernah lalui apa yang mereka rasa lebih-lebih lagi bila siaran langsung, memang gementar dan banyak perkara yang bermain di fikiran.

“Percayalah, setiap minggu anda akan dapat melihat peningkatan skil pengacaraan mereka.

“Sama juga seperti saya, sehingga kini saya masih lagi belajar, kena ada bantuan dari skrip dan gigih berlatih.

“Jadi berilah peluang dan sokongan kepada mereka, saya percaya Sharnaaz dan Scha boleh jadi pengacara yang baik.” ujar pelawak ini lagi.

Bukan mudah untuk menerbitkan rasa chemistry antara dua orang, tambahan pula apabila melibatkan program yang disiarkan secara langsung.

Semoga Scha dan Sharnaaz dapat mencari chemistry antara mereka dan memukau penonton program itu. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori