Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Perempuan Kena Rogol Layan...

Pelik sungguh fakta yang dikeluarkan seorang perempuan di laman sosial twitter ini.Macam pernah...

Kes Bunuh Diri Seluruh...

PARIS – Kejadian bunuh diri di seluruh dunia turun mendadak lebih satu pertiga...

Tidak Pernah Ada Jawatankuasa...

KUALA LUMPUR – Tidak pernah ada jawatankuasa pemilihan matrikulasi pernah diwujudkan oleh Kementerian...

Najib Perjelas Rasional Lebuh...

BINTULU - Kerajaan persekutuan memberi jaminan Lebuhraya Pan Borneo tidak akan dikenakan tol...

Dr. Zakir Bersarapan Dengan Najib, Abdul Hadi Awang

PUTRAJAYA – Pendakwah Islam terkemuka dari India, Dr. Zakir Naik mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Najib yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional berkata, beliau menjemput Dr. Zakir bersarapan pagi dengannya di kediaman beliau pagi Sabtu.

Najib turut memaklumkan harapan beliau agar Dr. Zakir dapat menyampaikan mesej di peringkat antarabangsa mengenai kedudukan Malaysia yang sebenar.

“Adalah harapan saya agar Dr. Zakir dapat menyampai mesej ke seluruh dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan kesederhanaan.

“Malah Malaysia sentiasa berusaha untuk menggalakkan kesatuan ummah untuk keteguhan bersama,” kata Najib menerusi akaun Facebook beliau hari ini.

Semalam Tokoh Maal Hijrah 2013 itu melakukan kunjungan hormat terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di pejabatnya selepas solat Jumaat.

zakir1

Sementara itu, laman Facebook rasmi PAS turut memaklumkan Dr. Zakir mengadakan pertemuan dengan presiden parti tersebut, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Menurut laman Facebook parti berkenaan, pertemuan bersejarah itu di Hotel Seri Pasific turut disertai beberapa pemimpin kanan PAS lain.

Kehadiran Dr. Zakir di Malaysia mendapat bantahan beberapa pihak termasuk pemimpin Pakatan Harapan terutama DAP yang menyifatkan pendakwah Islam itu sebagai syaitan.

Malah, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang daripada DAP, P. Ramasamy dalam satu kenyataan baru-baru ini menyeru rakyat bangkit menghalau keluar Dr. Zakir dari Malaysia.

Parti Amanah Negara (PAN) dalam usaha meredakan kemarahan umat Islam bagaimanapun menyeru masyarakat terutama penyokong Pakatan Harapan supaya memaafkan Ramasamy.

PKR pula dalam reaksi berhubung kehadiran Dr. Zakir di Malaysia membuat cadangan agar tokoh agama bukan Islam luar turut dibenarkan memberi ceramah di Malaysia. – Mynewshub.cc

Baca: Dr. Zakir Buat Kunjungan Hormat Terhadap Zahid

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori