Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pelajar Tingkatan 3 Lemas...

LUMUT - Seorang pelajar tingkatan tiga ditemui mati lemas ketika mencari kepah di...

Isytihar Walaupun Tiada Harta...

PETALING JAYA - ā€œIsytiharlah walaupun tiada hartaā€. Demikian nasihat Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Sokong RUU Jenayah Seksual...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibentangkan...

Isu Rakyat M’sia Ditipu...

Kerajaan akan membawa isu rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di...

KFC Australia Dikecam Kerana Muat Naik Iklan Berunsur Lucah

TIDAK dapat dinafikan bahawa media sosial mampu memberikan impak yang besar dalam menyebarkan sesuatu berita atau sebagai medium pengiklanan.

Rangkaian makanan segera terkenal Kentucky Fried Chicken (KFC) cawangan Australia misalnyaƃā€šĆ‚Ā memuat naik satu posting di laman Twitternya sebagai iklan.

Malangnya kapsyen disertakan berjaya membuatkan ramai netizen berasa jijik berbanding tertarik dengan promosi KFC terhadap produk baharunya.

kfc1

Ternyata, jenaka yang dianggap gurauan itu dikritik hebat oleh netizen apabila syarikat makanan segera itu menggunakan gambar yang berunsur lucah.

Dalam satu tweet yang dimuat naik oleh KFC Australia, kelihatan seorang wanita menghulurkan tangan seolah-olah ingin menyentuh ‘sesuatu’ yang berada di atas riba lelaki itu.

Kononnya, imej yang dikaburi itu ialah bekas berisi ayam, namun netizen tidak dapat menerimanya kerana majoriti berpendapat iklan tersebut tidak sensitif dan berunsur lucah.


Beberapa netizen turut menyuarakan pandangan bahawa iklan tersebut tidak sesuai untuk kanak-kanak malah turut merendah-rendahkan wanita.

kfc2

Dalam satu kenyataan kepada News.com.au, KFC berkata, tweet berkenaan adalah asli dan ia merupakan salah satu kaedah pemasaran untuk memperkenalkan produk baru ayam KFC Hot & Spicy yang akan dilancarkan minggu hadapan.

kfc3

Tweet berkenaan bukan bertujuan untuk menyinggung perasaan sesiapa malah pihak KFC Australia telah menarik balik gambar tersebut dan memohon maaf di atas kejadian tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori