Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Remaja Maut Motosikal Bertembung...

KEMAMAN - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah...

Warga Emas Cedera Dicekik,...

BUTTERWORTH - Seorang warga emas cedera dileher dan lebam di beberapa bahagian badan...

Gimik GV2: Nabil Rasa...

DEK gimik penukaran pengacara program realiti Gegar Vaganza (GV2), pengacara Salleh Yaakob dan Raja Azura tiba-tiba...

Jamah Hot Dog ‘Terbaekk’...

BAGI yang pernah menghuni kota New York, Nathan's Famous adalah jenama makanan yang...

Kanak-Kanak Cedera, Pokok Durian Tua Hempap Rumah

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun cedera di kepala selepas bumbung rumahnya di Kampung Bakar Sampah, Sik dihempap pokok durian berusia 100 tahun malam tadi.

Ibunya Norhamidah Ismail, 33, berkata dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, anaknya Muhammad Ammar Ashraf Mohamad Zamri sedang menonton televisyen di ruang tamu bersama adiknya Mohamad Haziq Hibatullah, 9, manakala beliau berada di dapur.

“Petang itu hujan turun dengan lebat dan angin kuat. Tetapi semasa kejadian hujan dan angin telah berhenti. Saya sedang memasak apabila saya terdengar bunyi dentuman kuat di tengah rumah.

“Saya terkejut dan terus mencari anak-anak saya dalam gelap kerana bekalan elektrik sudah terputus. Saya terus membawa mereka keluar daripada rumah tanpa mengetahui Muhammad Ammar Ashraf telah cedera,” katanya di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

Beliau berkata jirannya yang turut membantu tersedar bahawa kepala anaknya berdarah dan menolong membawa anaknya ke Hospital Sik.

“Doktor di Hospital Sik kemudiannya mengarahkan anak saya dibawa ke hospital di Alor Setar kerana mendapati tempurung kepala dan hidung anak saya retak.


Dia menerima beberapa jahitan di kepala dan kini sudah sedar dan boleh bercakap,” katanya.

Sepasukan anggota BS1M seramai 18 orang diketuai Mahadzir Abdul Hamid menguruskan pohon durian yang menghempap bumbung sebuah rumah di Sik, semalam. (Kredit foto: Facebook Mahadzir Abdul Hamid)
Sepasukan anggota BS1M seramai 18 orang diketuai Mahadzir Abdul Hamid menguruskan pohon durian yang menghempap bumbung sebuah rumah di Sik, semalam. (Kredit foto: Facebook Mahadzir Abdul Hamid)

Pengarah Briged Sukarelawan 1Malaysia Daerah Sik, Mahadzir Abdul Hamid berkata anggota sukarelawan briged tersebut telah memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori