HANYA kerana tulisan kapsyen di laman Instagramnya, ramai peminat mula membuat andaian bahawa pelakon terkenal, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta kini sedang hamil anak kedua hasil perkongsian hidup dengan Zain Saidin.
Semuanya gara-gara kapsyen bertulis, “It’s the freakin weekend so mummy daddy give me another sibling (minggu yang memenatkan, jadi mak dan ayah, sila berikan saya seorang lagi adik)” yang dikepilkan bersama gambar anaknya Aaisyah Dhia Rana sedang tersenyum ceria.