Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pihak Berkuasa Tahu Wujud...

PUTRAJAYA - Sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan...

Orang Ramai Dipelawa Kongsi...

KUALA LUMPUR - Sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menambah baik proses penyediaan bajet...

Bomba Yakin Nora Anne...

NILAI - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yakin gadis warganegara Ireland, Nora...

Lontar Cakera: Irfan Perbaharui...

JAGUH lontar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin bertekad mempertahankan pingat emas pada Sukan...

Polis P.Pinang Nafi KPN Arah Periksa SPRM

GEORGETOWN – Polis Pulau Pinang tidak pernah menerima arahan memeriksa atau jangan berkompromi dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas badan itu menahan lima anggotanya di sebuah balai polis negeri ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata tiada arahan seumpama itu dikeluarkan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar seperti yang disebar di laman sosial sejak Sabtu lepas.

“Turut tersebar di laman sosial mesej dari Tan Sri Khalid yang kononnya kecewa dengan SPRM kerana tidak menghormati polis dengan sesuka hati masuk ke kawasan balai (Balai Polis Air Itam).

“Saya sebagai Ketua Polis Negeri dan pegawai kanan saya tidak pernah menerima mesej begitu daripada KPN dan ia ternyata mahu memburukkan nama kedua-dua badan itu.

“Jangan lagakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM, saya minta orang ramai berhenti sebar mesej berangkai palsu itu,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Awal pagi Sabtu, SPRM Pulau Pinang menahan lima anggota polis di Balai Polis Air Itam dan susulan kejadian itu tersebar dua mesej di laman sosial termasuk aplikasi WhatsApp kononnya daripada Khalid kepada pegawai kanannya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan SPRM.

Abdul Ghafar berkata pihaknya tidak berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat dalam rasuah, malah akan mengambil tindakan terhadap mereka.

“Saya sendiri telah bercakap dengan Pengarah SPRM Pulau Pinang (Datuk M. Samarajoo) dan serbuan yang dilakukan mereka (SPRM) memang mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan agensi itu…malah saya beri jaminan kepada beliau, polis akan memberi kerjasama membantu siasatan kes itu.


“Hentikanlah penyebaran maklumat tidak tepat itu yang kononnya SPRM kepung balai sebelum tahan anggota polis. Saya kecewa dengan tindakan mereka yang menyebar perkara itu sehingga menjadi viral…ia sangat tidak bertangungjawab,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Abdul Ghafar berkata polis akan mengambil beberapa tindakan bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung akuan berkanun ahli perniagaan Phang Li Koon mengenai penjualan banglo kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

“Kes itu disiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman tetapi saya sentiasa memantaunya…apa yang boleh saya katakan 90 peratus kertas siasatan itu telah selesai, cuma polis perlu mengambil beberapa tindakan termasuk mungkin panggil (beberapa pihak) untuk lengkapkan kertas siasatan.”

Lim membeli banglo di Jalan Pinhorn di George Town itu pada harga yang dikatakan di bawah nilai pasaran serta didakwa mempunyai kaitan dengan penjualan tanah negeri di Taman Manggis.

Pada 22 Mac lepas, Phang dalam akuan berkanunnya berkata beliau tidak meninjau nilai pasaran sebelum menjual banglo itu kepada Lim pada harga RM2.8 juta, dan wanita berkenaan juga berkata tidak mempunyai hubungan perniagaan dengan kerajaan negeri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori