Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Sekatan Ke Atas Kereta...

KUALA LUMPUR - Rancangan kerajaan untuk menghadkan kemasukan kereta dari luar negara ke...

Imej Nora Danish Terkini...

TINGKAH laku dan gaya selebriti yang dikenali sebagai 'hot mama' ini  sentiasa mencuri...

Petani Alami Kerugian Sawah...

BAGAN SERAI - Lebih 100 petani di Kampung Parit Haji Ali, Teluk Medan...

Rumah Michael Jackson Dijual...

KEDIAMAN mewah Raja Pop Dunia, mendiang Michael Jackson, Neverland Valley Ranch yang terletak...

Seorang Lagi Bani Melayu Ingin Cabar Zakir Naik

SEORANG lelaki dari Johor Bahru meluahkan hasratnya ingin mengadakan sesi debat dengan pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik sekiranya pendakwah itu mengadakan program ceramah di negeri itu.

Menerusi laman sosial, pengguna akaun Facebook Syafiq Iqbal mengatakan sekiranya sesi Dr. Zakir akan diadakan di Johor, dia akan tampil untuk berdebat dalam sesi soal-jawab pada majlis itu.

Ramai yang suruh saya debat dengan Zakir Naik, persoalannya bila berlangsung ceramah Zakir Naik di Johor Bahru?,’ tulisnya.

troll        trioll2

Dia juga mengatakan yang mana Dr. Zakir seolah-olah takut dengan kebijaksanaann maha hebatnya itu.

Dah tu selama ni Zakir Naik tak jumpa debat dengan aku, dia takut dengan aku ke? Kikiki, Suh lar dia jumpa aku kalau dia berani sangat,” katanya lagi.


Kata-katanya yang dilihat agak meninggi diri itu membuatkan kami segera melakukan tinjauan di halaman Facebooknya dan mendapati pemuda tersebut hanyalah insan biasa yang ingin mendapatkan perhatian dari warga maya, tidak lebih dari itu.

Troll seperti ini dijadikan alasan agar netizen yang prihatin (seperti kami) agar dapat memberikan perhatian kepadanya serta dalam masa yang sama biarpun lelaki itu ingin berdebat dengan Dr. Zakir, ia mungkin tidak lebih daripada memalukan diri sahaja.

Apa yang boleh kami katakan ialah perkara ‘cabar mencabar’ seperti ini semamangnya tidak pelik kerana mentaliti segelintir Melayu sebegini boleh dikatakan semakin bertambah.

Apa-apa pun, setakat ini kami masih tiada maklumat berkenaan program ceramah Dr. Zakir yang akan diadakan di Johor dalam masa terdekat ini.-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori