Sunday, January 5, 2025

Creating liberating content

Inilah.. ‘Picture Of The...

GAMBAR seorang gadis bertudung membonceng motosikal sambil menunjukkan isyarat lucah pada hari pengundian di...

Kadar Dividen 5.70 Peratus...

KUALA LUMPUR - Kadar dividen 5.70 peratus bagi 2016 yang diisytiharkan Kumpulan Wang...

Hetty Sarlene Sah Isteri...

NAMPAKNYA bukan sahaja pengacara televisyen, Dahlia Shazwan, 28, yang sah bergelar isteri kepada...

PBB Bincang Ancaman Teknologi...

LONDON : Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan perbincangan rasmi pertamanya...

Komitmen Luarbiasa YPT Harus Dicontohi NGO Lain – Mahdzir

KUALA LUMPUR – Majlis Anugerah Cemerlang Yayasan Pendidikan Titiwangsa (YPT) 2016 yang merupakan hasil kerjasama antara Jabatan Pendidikan dan YPT selama 12 tahun, berlangsung di Dewan Sri Iskandar, Taman Setiawangsa hari ini.

Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata, Majlis Anugerah Cemerlang secara jelas menunjukkan komitmen luarbiasa oleh sebuah institusi bukan kerajaan dalam membentuk budaya persaingan positif dan ke arah pencapaian kecemerlangan.

FSH_2181

“Pihak kementerian berasa cukup bangga dengan kehadiran YPT dan mengucapkan tahniah atas usaha yang jelas memenuhi aspirasi dan seiring dengan dasar pelajaran dalam menghasilkan lebih ramai modal insan yang berkualiti dan kompeten dalam menjayakan wawasan negara,” ujarnya dalam ucapan yang dimuatkan dalam buku aturcara majlis.

Menurut Mahdzir, walaupun Kementerian diberikan peruntukan besar dalam menjayakan agenda dan dasar pelajaran negara namun penubuhan institusi atau NGO yang mempunyai komitmen begitu tinggi seperti YPT tetap diperlukan untuk membantu memberi fokus dan tumpuan kepada prestasi pembangunan sekolah-sekolah secara lebih komprehensif.

“Menerusi 45 sekolah angkat yang dipimpin YPT, pihak Kementerian dan JPWP dapat menarik nafas lega kerana ada pihak membantu meringankan beban kami. Seharusnya usaha ini dicontohi di kesemua kawasan Parlimen lain agar usaha membudayakan kecemerlangan pendidikan dapat dibantu dan dipikul bersama,” katanya.


FSH_2145

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar dan Pembangunan Pendidikan) Dato’ Hj Khairil Awang
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar dan Pembangunan Pendidikan) Dato’ Hj Khairil Awang
Pengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa Datuk Hj Astaman Abdul Aziz
Pengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa Datuk Hj Astaman Abdul Aziz

Majlis yang bermula jam 9 pagi tadi dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar dan Pembangunan Pendidikan) Dato’ Hj Khairil Awang, Pengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa Datuk Hj Astaman Abdul Aziz, Pengarah Jabatan Pendidikan Hajah Foziah Buang, Pengetua SMK Aminuddin Baki selaku wakil warga pendidik dan pelajar sekolah-sekolah angkat YPT Siti Sarimah Shaik Abdul Rahman dan YDP PIBG SMK St Gabriel yang juga wakil ibu bapa, Samshor Baharin Shahmin.

Seramai 461 pelajar dari keseluruhan sekolah angkat YPT yang memperoleh prestasi cemerlang dalam peperiksaan UPSR, UPSRA, PT3, SPM dan STPM pada 2015 diraikan pada majlis tahun ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori