INI bukanlah sebuah taman awam yang sesuai untuk seisi keluarga melakukan aktiviti riadah atau berpiknik.
Terletak di Haesindang, Korea Selatan, taman ini dihiasi bukan dengan bunga-bungaan indah ataupun fasiliti riadah untuk kegunaan awam, tetapi…arca kemaluan lelaki!
Ya, ke mana sahaja anda toleh: ke kiri, ke kanan, ke depan, ke belakang, mata anda akan ‘dicabul’ dengan permandangan ‘majestik’ arca-arca berbentuk zakar lelaki pelbagai saiz.
Namun, ‘pendirian’ arca-arca zakar gergasi ini bukan sekadar suka-suka atau hasil lawak melampau arkiteknya. Sebenarnya, terdapat satu kisah mitos di sebalik mengapa taman awam itu dihias dengan arca genitalia lelaki.
BACA INI: Zakar Terlalu Besar, Wanita Minta Cerai Lepas Seminggu Kahwin
Alkisahnya, suatu masa dahulu, seorang gadis telah mati lemas di sebuah pinggiran pantai berbatu berhampiran taman tersebut. Seperti satu sumpahan, aktiviti perikanan di kawasan itu terjejas teruk sehingga mengakibatkan penduduknya jatuh miskin.
Namun, sumpahan itu berakhir apabila seorang nelayan melakukan onani dan bertindak untuk membuang air maninya ke dalam laut.
Secara tiba-tiba, tangkapannya hari itu menjadi-jadi!
Tetapi, penduduk kampung dapat merasakan bahawa hantu gadis tersebut perlu ‘dipuaskan’ supaya dia tidak marah.
Jadi, mereka pun mendirikan arca-arca berbentuk zakar lelaki untuk menggembirakan hantu gersang tersebut.
Gambar-gambar ini diambil oleh pelancong Australia, John Crux, yang doanya dimakbulkan Tuhan setelah membuat carian Google tentang kuil-kuil atau taman-taman awam paling pelik di Korea Selatan.
“Saya teruja sekali dan dalam masa yang sama, sedikit keliru apabila berada di Haesindang. Memang ada alasan konkrit mengapa arca-arca zakar itu didirikan, namun saya terkejut melihat kelakuan pengunjung di situ.
“Ada yang memeluk manja zakar-zakar gergasi tersebut. Ianya adalah satu permandangan yang pelik, tetapi agak kelakar lebih-lebih lagi apabila dilakukan oleh pengunjung warga emas,” kata Crux. – MYNEWSHUB.CC