Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

KAFA Cadang FAM Cuma...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mencadangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia...

CAPAM Mengorak Langkah Bagi...

PUTRAJAYA - Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri dan Pertubuhan Komanwel...

Kacak Macam Joong Ki,...

SATU rakaman video memaparkan seorang juruteknik kacak sedang mengawasi sebuah kapal terbang di...

Peguam Syed Saddiq Cuba...

Pasukan peguam bela Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedang cuba mengetepikan salah seorang...

Ferrari Pengantin Remuk Langgar Tembok Bangunan

SEBUAH Ferrari yang dipandu oleh sepasang mempelai yang baharu mendirikan rumah tangga remuk di bahagian hadapan apabila merempuh tembok sebuah bangunan.

Kereta Ferrari model 458 Spider itu dianggarkan bernilai AS$342,000 (RM1,325,438.10) dipandu pengantin lelaki Usman Ali remuk namun nasib pasangan itu baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pasangan pengantin Usman Ali, 25 dan isterinya Sakina Parveen menyewa kereta Ferari itu untuk dipandu pada hari perkahwinan mereka di England baru-baru ini.

Usman Ali dan isteri Sakina Parveen
Usman Ali dan isteri, Sakina Parveen.

Namun menurut laporan Daily Mail, pengantin lelaki itu secara tidak sengaja terpijak pedal injak pemecut lalu merempuh tembok bangunan tersebut.

Menurut tuan rumah yang terjejas, Vaqas Gulraiz, 21, dia mendengar deruman kuat sebuah kereta dan melihat Ferrari itu memecut laju sebelum hilang kawalan lantas merempuh tembok tersebut.

“Anda boleh dengar bunyi deruman kereta itu di kawasan ini. Saya berada di bilik tidur bahagian hadapan dan dapat melihat Ferrari itu menghala ke Spencer Street dan tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh tembok.”

Tambah Vaqas lagi, pihak majlis pembandaran telah pun menghubunginya dan meminta mereka untuk membuat tuntutan ganti rugi di atas kerosakan yang dialami.


Kereta mewah itu mampu mencapai kejauan sehingga 210 batu sejam dimiliki oleh pemilik Platinum Eksekutif Travel yang berpengkalan di Birmingham, England iaitu Aleem Iqbal dan bapanya.

Aleem Iqbal
Aleem Iqbal

Aleem Iqbal, 21; atau Lord Aleem dalam kenyataannya kepada portal Independent, berkata kemalangan kereta mewah itu tidak memberikan sebarang impak yang besar kepada dirinya.

Menurut Aleem dalam satu tweetnya dia akan memastikan kereta Ferrari itu akan dapat digunakan semula dalam masa tiga minggu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori