KISAH penuh pengajaran ini dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial laman sosial Facebook Muhiq dan dipetik oleh laman portal Singapura.
Dalam satu siri posting gambar dimuat naik oleh Muhiq, menunjukkan sorang warga emas atau mungkin juga gelandangan kelihatan mengutip sampah yang dibuang di sekitar hentian bas Pasir Ris West Plaza, Singapura.
Dalam kapsyen yang dimuat naik bersama foto-foto itu, Muhiq menyatakan kekaguman dan rasa hormat atas apa yang dilakukan oleh pak cik itu.
Antara kapsyen yang ditulis bersama gambar yang dimuat naik itu ialah:
“Dia berjalan berdengkot-dengkot apabila dia melihat sampah sama ada puntung rokok, kertas tisu yang digunakan dan tin, dia akan mengambilnya dan membuang ke dalam tong.
“Adakah dia tidak mengajar kita apa-apa lagi?”
“Terima kasih pak cik kerana menjadikan jalan ini lebih bersih.”
Walaupun tindakan yang dilakukan oleh warga emas itu remeh, tidak semua orang mampu untuk melakukannya. – MYNEWSHUB.CC