Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MyTeksi Tawar Perkhidmatan Hantar...

MyTeksi yang terkenal dengan servis perkhidmatan tempahan teksi melalui peranti mudah alih kini hadir...

Russia, Turki Setuju Wujud...

SOCHI - Pemimpin Turki dan Russia dilaporkan bersetuju untuk mewujudkan zon bebas tentera...

Persediaan Jentera BN Jadi...

MUAR - Persediaan dan kelancaran gerak kerja jentera bagi pilihan raya mum ke-14...

Samsung Galaxy S7 Memasuki...

BEBERAPA minggu yang lalu, Samsung telah memperkenalkan model premium dengan sisi lengkung yang...

Syurga Menunggu Mu Anakku, Luahan Bapa Nuri Nadirah

BERITA mengenai kematian tragik murid darjah 1, adik Nuri Nadirah Ruslan akibat dipatuk ular benar-benar membuatkan seluruh rakyat Malaysia berasa pilu.

Jenazah adik Nuri dikhabarkan telah selamat dikebumikan kira-kira pukul 9.45 pagi Rabu di Tanah Perkuburan Islam Che Latiff, Kelantan, yang dihadiri kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga dan penduduk kampung.

Pemergian Nuri ternyata membuatkan ramai netizen bersedih dan ramai antara mereka mengikuti perkembangan kisah arwah.

Menerusi laman sosial, bapa kepada arwah, Ruslan Gazali  telah memuat naik gambar arwah Nuri dan sekeping nota terakhir yang ditulis sendiri oleh Nuri.

Arwah menyatakan kerinduan terhadap bapanya yang dikatakan berada jauh dari mereka iaitu di Kuantan, Pahang.

2

adik5

Ruslan turut menceritakan perkara sebenar terjadi mengenai khabar angin yang heboh disebarkan di media sosial semalam malah membuat permintaan kepada pengguna media sosial selain meluahkan rasa sedih dengan pemergian anak sulungnya itu.

Jom ikuti luahan seorang bapa ini… Al-Fatihah.

adik6

Alhamdulillah…

Kak Long dah dikebumikan pada pukul 10 pagi tadi..Saya ucapkan terima kasih pada semua ahli keluarga dan rakan yang banyak membantu dan memberi semangat..

Pasal cerita Kak Long hidup semula tu adalah salah faham sahaja… Kak Long dah disahkan tiada di hospital besar Kota Bharu petang kemarin lagi dan tiba di rumah saya pukul 6.30 petang kelmarin.

Lepas magrib jenazah dimandikan..Siap jenazah dimandikan, diangkat dan diletakkan di atas kain untuk dikafankan..Masa nak letakkan jenazah kat atas kain kafan tu, dia tersedu 2kali..

Kami ahli keluarga dan sahabat handai berbincang untuk panggil doktor datang check kat rumah untuk kepastian, walaupun kata hati dah rasa yang kak long dah tiada..


Sebelum Dr. sampai, adalah 5..6..orang yang cuba tengok keadaan jenazah, dalam 5..6..org tu adalah 1..2..org yg cakap jenazah masih ada cuma slok (koma).

Tak lama 1 group Dr. sampai dan membuat pemeriksaan, mengesahkan jenazah dah tiada, tak lama kemudia sampai lagi 1 group Dr. sukarela..dan berterusan group Dr. sampai dalam tiga group..

Semua Dr. mengesahkan jenazah dah tiada dan saya sebagai bapa tidak lagi membenarkan sesiapa pun menyentuh jenazah lagi.. keadaan tersebutlah yang menimbulkan salah faham dan buah mulut yang direka-reka.. maklumlah orang yang hadir terlalu ramai beratus-ratus.

Memandangkan keadaan dah lewat malam, kami di pihak keluarga memutuskan urusan pengebumian di pagi esok (Rabu)..setakat hari ni, yang saya tahu ular yang patuk kak long masih belum dijumpai di sekolah tersebut..

Gambar ular yang diviralkan itu pun tidak benar, hanya direka sahaja..dan mintaklah buang gambar kat hospital yg muka diikat (sedih tengok) dan saya meminta semua rakan FB.

Perbetulkan cerita.. jangan lah ditambah tolok.. cerita di sekolah dan hospital saya pun kurang pasti, disebabkan saya dari Kuantan pukul 12 tengahari dan sampai KB pukul 3.30 petang..anak sudah meninggal.

Saya juga belum pasti jenis ular yang mematuknya.. mintak maaf kepada semua kerana tak sempat nk cerita perkara sebenar dan tak sempat nak layan call, WhatsApp dan FB.. Dan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak jabatan kerajaan yang sempat hadir ke rumah..

Saya sebagai manusia biasa ni, sedih lah jugak, dia lah seorang anak, dialah seorang rakan yang paling rapat dan saya lah tempat melayan cerita2 budak-budak nya.. sampaikan nama kawan2 dia kat sekolah pun saya ingat.

Tapi Allah lebih sayang kan dia ..sama-sama lah kita terima Qadar dan Qadar Allah swt.. yang pastinya taman syurga menunggu mu anakku..

Kita semua yang belum pasti di mana-mana.. sama-sama lah berdoa untuk menuju ke jalan yang lurus, iaitu jalan orang2 yang beriman. - MYNEWSHUB.CC

Baca: Keluarga Nafi Anak Dipatuk Ular Hidup Semula

Juga: Jenazah Murid Maut Dipatuk Ular Dikebumikan

Lagi: Murid Darjah Satu Maut Dipatuk Ular Di Sekolah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori