NAMPAKNYA, persoalan yang telah menghantui umat manusia sejak sekian lama ini telah pun dirungkai.
Bahagian manakah yang sepatutnya ditolak dalam gulungan tisu tandas: ke bawah atau ke belakang?
Untuk menyelesaikan masalah yang telah menjadi dilema penggunanya sejak dicipta pada tahun 1891, di sini kami sediakan gambar paten asal produk ini.
Gambar rajah bertarikh 22 Disember 1891 itu dilukis oleh penciptanya, S. Wheeler.
Rupa-rupanya, ramai yang masih keliru arah yang betul untuk menolak tisu tandas. Hari-hari buang air pun takkan tak boleh fikir sendiri? Tandaslah tempat di mana pelbagai ilham tercetus!
Bukan sahaja itu, malah gambar rajah tentang cara yang betul untuk menggunakan tisu tandas juga dijumpai.
Hanya tarik, koyak, lipat! Mudahnya beristinjak…..
Penemuan diagram-diagram ini telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen di media sosial.
Kata salah seorang daripada pelontar komen itu, Rebekah Radisch:
“Semuanya bergantung kepada perspektif masing-masing. Jelas sekali lukisan itu menunjukkan tarikan tisu tandas itu adalah dari pandangan belakang, jadi produk itu pasti ditarik daripada bahagian bawah.”
Ini pula pandangan Danny McDermott:
“Tidak, cara ini salah. Tisu tandas lebih kasar di bahagian belakangnya. Menolak tisu tandas daripada atas cuma membuatkan anda terseksa akibat kekasaran tekstur tisu sewaktu mengelap punggung. Jika tisu ditarik daripada bawah, anda akan serta-merta dapat bahagian yang lembut dan lebih selesa.”
Apa-apa pun, kaedah menggunakan air lebih bagus kerana dapat menghilangkan warna, rupa dan bau segala hasil perkumuhan tubuh anda, ingat tu!-MYNEWSHUB.CC