Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Perintah Kawalan Pergerakan: Singapura...

SINGAPURA - Singapura berharap republik itu diberikan lebih banyak masa dan fleksibel selepas...

Selebriti Malaysia Bersatu Hati...

KUALA LUMPUR: Pendermaan organ merupakan satu perkara mulia yang perlu dititikberatkan oleh setiap...

Bung Moktar Cadang Wujudkan...

PARLIMEN l Seorang Ahli Parlimen hari ini mencadangkan agar sebuah sekolah perpaduan yang...

Najib Terima Kunjungan Pemimpin...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan...

Polis Bongkar Makmal Pemprosesan Dadah Skala Besar

KUALA LUMPUR – Polis membongkar dua makmal memproses dadah sintetik berskala besar serta stor bahan kimia di Shah Alam, Selangor dan Hutan Melintang di Perak, berikutan penahanan 10 lelaki tempatan dalam lapan serbuan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata serbuan yang dilakukan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman yang bermula awal pagi semalam itu turut berjaya menumpaskan sindiket berkenaan.

“Semua lelaki yang ditahan itu berusia antara 23 hingga 42 tahun termasuk seorang yang dikenal pasti sebagai ‘ahli kimia’ kerana memiliki kepakaran memproses cecair syabu.

“Hasil serbuan itu juga polis turut merampas 239 kilogram dadah jenis itu dan 150 biji pil disyaki Erimin 5 yang kesemuanya dianggar bernilai RM36 juta selain bahan-bahan lain untuk pemprosesan Syabu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Katanya, jumlah dadah yang dirampas itu mampu dibekalkan kepada 12 juta penagih.

Khalid berkata, dalam serbuan itu, polis turut menyita wang tunai RM2.8 juta yang ditemui disimpan dalam peti besi, wang negara India Rp78,000 (RM4,600), pelbagai barang kemas termasuk rantai, cincin, gelang tangan, loket dan anting-anting.

Turut disita, 12 kereta dan dua motosikal milik suspek, katanya.


Katanya, semua lelaki berkenaan kini direman tujuh hari sehingga Selasa depan (26 April) untuk disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Berdasarkan siasatan awal, polis percaya anggota sindiket berkenaan menggunakan bahan untuk memproses Syabu yang diseludup dari India sebelum diproses serta dipasarkan di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Khalid berkata setakat 1 Jan hingga 17 April lepas, polis menahan 60,594 rakyat tempatan dan 2,788 warga asing berkaitan kesalahan dadah di seluruh negara.

Katanya, untuk tempoh sama pelbagai dadah bernilai RM65.64 juta turut dirampas.

“Polis akan terus menjalankan operasi berterusan bagi menangani penyeludupan dan pengedaran dadah di negara ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori