Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

2 Ketua Kampung, Ahli...

LHOKSEUMAWE - Polis di sini semalam menangkap sembilan orang kerana berjudi, termasuk dua...

12 Kluster Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 12 kluster baharu yang...

Hew Letak Jawatan Selepas...

PETALING JAYA - Hew Kuan Yau hari ini mengumumkan peletakan jawatan ketua pegawai...

Anggota Kagat Disaran Tambah...

PORT DICKSON - Anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) disaran supaya menambah ilmu...

Dibuang Kerja Tatkala Isteri Keguguran, Lelaki Ini Bangkit

KERAP kali kita merungut tentang kadar cukai yang membebankan perbelanjaan bulanan, kita lupa bahawa ada orang yang jauh lebih susah daripada kita ini.

Namun, apa yang menjadi masalah pada sikap orang kita ini ialah terlalu cepat melabelkan taraf pekerjaan walaupun tidak mendatangkan pulangan tinggi.

Inilah yang terjadi kepada seorang lelaki yang dahulunya kerier kerjanya adalah berkolar putih namun dihentikan secara tiba-tiba sehingga mendorongnya untuk melakukan kerja sebagai seorang pencuci rumah.

Tapi lama kelamaan membuahkan hasil yang tidak dijangka.

Ikuti perkongsian yang dimuat naik oleh seorang doktor dan penceramah bebas berkenaan kisah sahabatnya yang bangkit mengubah nasih hidupnya yang dulu jatuh bagai ditimpa tangga kepada hidup yang lebih senang, tiada lagi penderitaan. Usaha tangga kejayaan!

tadaaa

Salam doc, saya terpanggil nak mesej doc sebab banyak sangat terbaca tentang kesusahan orang Malaysia ni nak cari rezeki. Asyik merungut pasal GST, barang naik, susah nak hidup.

Saya ada satu kisah, mengenai diri saya. Kalau boleh doc bagitahu kat anak-anak muda yang selalu sangat merungut. Tapi minta hide identiti. Demi Allah, ini kisah saya sebenar.

Umur saya dah 40-an. Selepas habis belajar di UiTM tahun 1997, saya diterima kerja di sebuah bank antarabangsa. Setelah 17 tahun kerja dengan selesa, namun saya rasa bosan dengan rutin kerja harian.

Performance saya jatuh merundum dan saya banyak buat masalah. Tahun 2013, saya dibuang kerja tatkala isteri gugur anak ke-2.

Hilang arah saya dibuatnya. Tiada kerja, hutang melambak. Selama setahun saya terkial-kial mencari kerja. Siapalah nak ambil bekerja umur daj lewat 30-an, sijil-sijil pun entah ke mana.

Nak berniaga tiada modal. Rumah dilelong sebab tak mampu bayar. Nasib baik isteri saya bekerja, jadi dialah yang menanggung saya.

Tapi selama mana lah seorang isteri mampu nak menyara keluarga. Akhirnya awal 2015, isteri mencadangkan supaya saya mengambil upah membersih rumah orang untuk berpindah.

Mula-mula memang malu. Mana taknya, dari pekerja kolar putih, duduk dalam aircond, hadap komputer, tiba-tiba kena cuci rumah orang, buang sampah, cuci tandas.

Macam pendatang asing. Namun saya tabahkan hati, duit punya pasal. Setiap rumah saya charge mengikut keadaan dan keluasan rumah. Paling kurang RM200.


Modal saya hanya duit minyak kereta, penyapu, mop, bahan pembersih lantai, plastik sampah, juga berus (semua saya ambil dari rumah).

Dalam sebulan saya boleh dapat 8-12 panggilan untuk mencuci dan menyamak rumah. Charge servis saya pula dari RM200 dan ada kalanya mencapai ke RM2,000 untuk 1 rumah.

Daripada seorang, Kini saya mempunyai 2 orang pekerja tak tetap. Jika kerja kecil, saya boleh buat seorang, melainkan rumah banglo, terpaksa saya panggil pekerja tak tetap saya. Sebulan pendapatan saya boleh mencecah RM5,000 dan saya kerja hanya 8-10 hari sebulan.

Apa yang penting ialah usaha dan buangkan sikap malu serta malas. Saya dah umur 40, tapi Alhamdullilah masih mampu membersihkan rumah 2 tingkat berkeluasan 22×60 seorang diri.

Lagi lah saya masa muda bukan jenis yang suka bersenam dan bersukan. Takkan lah orang muda tak boleh nak lsayakan perkara yang sama.

Sudah setahun lebih saya buat kerja sektor 3D, Alhamdullilah, hidup saya kembali stabil walaupun tak kaya. Ada kalanya pendapatan kasar saya boleh mencecah RM10k sebulan.

Buat orang Malaysia, nasihat saya biarlah apa orang nak kata, walaupun kerja kotor dan penat, tapi saya rasa berbaloi.

Tak payah lah nak berlagak kerja opis tapi setengah bulan dah sengkek atau nak berangan berniaga besar-besaran, tapi modal ciput.

Jangan lah asyik nak menyalahkan Kerajaan walhal bumi Allah ni luas dan pelbagai peluang kerja boleh dicari.

Sekian, terima kasih.

Sumber: Facebook Abdul Rahman Abdul Kadir

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori