AWAL tahun ini, Xiaomi telah memperkenalkan Xiaomi Redmi 3 untuk pasaran peranti mampu milik.
Rekaan yang ditawarkan Redmi 3 agak kemas dan spesifikasi serta harganya juga adalah lebih baik daripada keluaran sebelumnya.
Terbaharu, Xiaomi telah melancarkan kemaskini kepada peranti tersebut. Ia dipanggil Xiaomi Redmi Pro yang telah ditambah fungsi pengimbas cap jari serta ruangan memori yang lebih besar namun ciri-ciri lain adalah sama.
Begitu juga dengan rekaan luar yang hadir dengan saiz reka bentuk yang sama namun pembaharuan yang ditambah adalah sistem sokongan pengimbas cap jari di bahagian belakang.
Walaupun masih lagi boleh dikelaskan sebagai peranti mampu milik, Xiaomi Redmi 3 Pro hadir dengan spesifikasi di luar jangkaan. Apatah lagi yang kini dilengkapi dengan pengimbas cap jari dan ruang memori serta RAM yang lebih besar.
Peranti ini hadir dengan pilihan warna yang terhad kepada emas, perak dan kelabu gelap.
Dengan skrin sebesar 5.0 inci dengan resolusi HD720P. Seperti juga model Redmi 3, Model Pro ini turut dilengkapi dengan sistem MiUi 7.0 yang berasaskan Android 5.1 Lollipop.
Xiaomi Redmi 3 Pro membawakan pemproses Qualcomm MSM8939v2 Snapdragon 616, 32 GB memori dalaman, 3 GB RAM serta bateri dengan kapasiti Li-Ion 4100 mAh. Slot microSD juga disediakan untuk peranti ini yang boleh dimuatkan sehingga 128 GB.
Untuk fungsi kamera, ia masih mengekalkan kualiti yang sama pada Redmi 3 yang biasa, di mana kamera 13 Megapixel F2.0, Phase Detection Autofocus (PDAF), HDR, LED-Flash serta kamera 5 Megapixel F2.2 di bahagian hadapan untuk selfie.-MYNEWSHUB.CC