Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

RUU Kawalan Produk Tembakau...

PUTRAJAYA – Tujuan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 digubal...

Seorang Anggota Bomba Maut...

KUALA LANGAT - Seorang anggota bomba maut apabila kereta yang dipandunya melanggar bahagian...

Arahan DAP Kepada UMNO...

KUALA LUMPUR - DAP meminta UMNO Bahagian di seluruh negara yang bermesyuarat kali...

Jangan Memburukkan Kristian –...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Melayu DAP menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas...

Sisa Minyak Hitam Di Pantai Beserah Dibersihkan

KUANTAN – Sisa minyak hitam yang ditemui di sepanjang pesisiran Pantai Beserah sejak Rabu lepas, mula dibersihkan hari ini oleh agensi berkaitan sambil dibantu penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Pantai Beserah Azmi Mohamad, 67, berkata lebih 500 orang terlibat dalam gotong royong membersihkan sisa berkenaan sejak 8.30 pagi hingga tengah hari tadi.

Menurutnya antara agensi yang terlibat dalam kerja pembersihan itu adalah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan dan Alam Flora.

“Semua sisa minyak yang ditemui sebelum ini telah berjaya dibersihkan sepenuhnya tengah hari tadi hasil kerjasama penduduk serta agensi kerajaan dan ia turut melibatkan penggunaan beberapa jentera berat.

“Bagaimanapun, difahamkan masih ada sisa tompokan minyak itu di tengah laut dan kita berdoa agar ia tidak dihanyutkan ke pantai ini sekali lagi,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.


Rabu lepas, penduduk di sekitar Kampung Pantai Beserah digemparkan dengan penemuan sisa minyak hitam seakan-akan tar di sepanjang hampir 10 kilometer di pesisiran pantai berkenaan.

Berikutan itu, JAS Pahang telah mengambil sampel minyak berkenaan untuk dianalisis dan keputusannya dijangka diperoleh dalam tempoh dua minggu lagi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori